Jumaat, 27 Mei 2016

WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN


Soalan : Assalamualaikum. Apakah hukum wanita berniqab dan menutup kedua telapak tangan?

Jawapan : Waalaikumussalam. Bismillah.


WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN

Setiap sesuatu perkara kena didasari dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Kemudian Para Ulama yang adil memandang dalil secara keseluruhan dan memberi susunan hukum untuk memahamkan kepada orang awam berkaitan HUKUM. Sama ada hukum wajib, sunnah, dll...

Maka, dari sini akan diketahui pula adanya IJMA' ULAMA dalam penetapan hukum yang didasari Al-Quran dan As-Sunnah. sesiapa sahaja (bagi yang mampu) kenalah mengambil tahu 3 perkara ini :

• Al Quran
• As Sunnah(hadis)
• Ijma (kesepakatan) Ulama dari seluruh mazhab.

Sekiranya suatu hukum sudah didasari dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah, ditambah lagi dengan IJMA' para ulama yang adil dari seluruh mazhab. Maka dalam hal ini,  orang awam TIDAK DIBENARKAN untuk beramal dengan  sebarang jawapan lain yang bertentangan dengan 3 rujukan diatas walaupun jawapan bertentangan itu datang dari mulut ustaz-ustazah, kiyai, tok guru dll....

Ada baiknya jika para pembaca memahami dahulu tulisan ringkas diatas. Kemudian, memahami tulisan dibawah :


WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN

Syaikh  Al Faqih Abu Malik menukilkan dalam kitab Fiqh beliau bahawa "semua ulama IJMA mengatakan wanita WAJIB berhijab seluruh badan, namun para ulama (khilaf) berbeza pendapat berkaitan wajah dan dua telapak tangan wanita.

Pembahasan ini sangat panjang, dan saya tidak masukkan dalam artical ini. Pembaca boleh lihat pembahasan ini dalam kitab :

• Al Hijab Adillah Al Mujibin Wa Shibh Al Mukhallifin
• Audah Al Hijab
• Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah
• An Niqab
• Syarh Hadis
• Al Majmu' An Nawawi
• dll...

Dalam khilaf ini. Sekiranya benar Ijtihad ulama maka akan mendapat 2 pahala. Sekiranya salah Ijtihad ulama maka akan mendapat 1 pahala(shahih Al Bukhori 7352). Hal ini hanya berlaku bagi para ulama yang berijtihad sahaja. Ketahuilah bahawa ada 3 pendapat yang terbahagi dikalangan Ulama.  :


Pendapat pertama. WANITA DIHARAMKAN BERNIQAB KERANA MERUPAKAN BID'AH YANG BURUK

▪ Komentar saya :

- WAJIB  terikat dengan dalil
- SUNNAH terikat dengan dalil
- MUBAH(boleh) tidak terikat dengan dalil
- MAKHRUH terikat dengan dalil
- HARAM terikat dengan dalil

Pendapat ini sangat terburu-buru meletakan hukum HARAM tanpa diikat dengan dalil Al-Quran, As-Sunnah yang sejelas jelasnya. Sesungguhnya. Jika ada dalil sejelas jelasnya mengenai HARAMnya wanita berniqab, maka selesailah khilaf  seluruh ulama ini. Bagi saya. Pendapat ini sangatlah lemah kerana tidak melihat dalil secara keseluruhan. Semoga Allah merahmati beliau(penulis buku yang saya tidak sebut namanya). Sungguh, Menurut hemat saya berdasarkan dalil shohih, ada sebahagian wanita dizaman Nabi menggunakan niqab, dan terkadang diantara mereka membuka niqab. Wallahu A'lam.


Pendapat kedua. MUKA & KEDUA TELAPAK TANGAN TERMASUK KATEGORI AURAT. WANITA DIWAJIBKAN UNTUK BERNIQAB & MENUTUP KEDUA TELAPAK TANGAN

▪ Perhatikan baik-baik ada 2 Komentar saya disini :

1- Mereka mengatakan wajah dan telapak tangan wanita ialah AURAT, maka saya BERSETUJU dengan mereka. Kerana hadis umum Dari Abdullah, dari Rasulullah saw yang telah bersabda : "Sesungguhnya wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumah, maka setan pasti akan menyertainya(membuatnya indah dalam pandangan lelaki). Sedangkan tempat yang terdekat bagi wanita dengan Tuhannya adalah didalam rumah"
[Shahih. Al-Irwa (273), hadis serupa dalam HR Ibnu Khuzaimah (1685-1687), At-Tirmizi (3/476), Majma'uz Zawaaid (2/35)]

Yang pasti bahawa seluruh tubuh wanita termasuk muka dan telapak tangan ialah aurat, namun, adakah muka dan telapak tangan wajib ditutup seperti anggota tubuh lain?? Hal ini masih menjadi perbincangan.

2- Mereka mengatakan "wanita wajib berniqab dan menutup telapak tangan", maka disini saya TIDAK BERSETUJU dengan mereka. Sungguh. Saya katakan : Tidak mungkin sesuatu yang WAJIB ditutup namun dibuka pula ketika ihram. Berdasarkan hadis dari Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu, Nabi saw memerintahkan pakaian wanita ketika ihram
"...... Dan wanita yang sedang ihram tidak boleh memakai niqab  (penutup wajah) dan sarung (telapak) tangan......"
[HR Al Bukhori 1838]

Tidak ada dalil Al-Quran dan As-Sunnah yang mewajibkan wanita berniqab dan menutup kedua telapak tangan dengan keterangan yang jelas sejelasnya. Wallahu A'lam.


Pendapat ketiga. WANITA DIBOLEHKAN MEMBUKA WAJAH & KEDUA TELAPAK TANGAN KERANA TIDAK TERMASUK TEMPAT AURAT YANG WAJIB DITUTUP, NAMUN TERMASUK DALAM HAL MUSTAHAB (baik/dianjurkan/disukai) BERNIQAB & MENUTUP DUA TELAPAK TANGAN

▪ Komentar saya :

Dalil terkuat mereka(ulama pendapat ketiga) ialah hadis dari 'Aisyah radliallahu 'anha, bahwa Asma binti Abu Bakr masuk menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun berpaling darinya. Beliau bersabda: "Wahai Asma`, sesungguhnya seorang wanita jika telah baligh tidak boleh terlihat darinya kecuali ini dan ini -beliau menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya-." Abu Dawud berkata, "Ini hadits mursal. Khalid bin Duraik belum pernah bertemu dengan 'Aisyah radliallahu 'anha."
[HR Abu Daud 4104]

Ketahuilah bahawa JIKA hadis diatas ini disepakati keshahihannya. Maka selesailah khilaf ulama berkaitan hukum berniqab bagi wanita dan menutup kedua telapak tangan. Namun hadis diatas ini diperselisihi KESHAHIHANNYA oleh ahli hadis. Sebahagian ahli hadis menilainya SHAHIH. Manakala  sebahagian Ahli Hadis menilai DHOIF .

Kebiasaannya saya akan mencuba untuk cari jalan keluar dari perselisihan mereka(ulama) sehingga saya mentakhrij hadis tersebut semampu saya. Pembahasan ilmu Dirayah ini tidak mungkin saya muatkan dalam artical ini. Memilik 4 kecacatan dalam sanad. yang tidak terlepas dari 4 kecacatan sekaligus. Saya bersetuju terhadap ulama hadis yang mengatakan hadis ini DHOIF. Saya belum memahami mengapa hadis ini menjadi shahih sebagaimana Syaikh tercinta saya(Imam Albani) menshahihkan nya. Semoga Allah menambahkan pemahaman saya.


WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN

Ketahuilah hal ini ialah khilaf, dan disarankan orang awam untuk berlapang dada. Dalam khilaf pasti ada antara satu yang mendekati kebenaran. Maka, selepas saya meneliti pendapat-pendapat diatas, saya menganggap pendapat yang lebih mendekati kebenaran ialah pendapat yang ke-3 :

WANITA DIBOLEHKAN MEMBUKA WAJAH & KEDUA TELAPAK TANGAN KERANA TIDAK TERMASUK TEMPAT AURAT YANG WAJIB DITUTUP, NAMUN TERMASUK DALAM HAL MUSTAHAB (baik/dianjurkan/disukai) BERNIQAB & MENUTUP DUA TELAPAK TANGAN

Disini saya ingin menguatkan pendapat ini tanpa menggunakan dalil utama mereka [HR Abu Daud 4104 , lihat semula komentar saya diatas]

▪ Jika ada yang berkata :
"Hukum MUSTAHAB wanita berniqab, sekiranya seorang wanita itu terlalu cantik dan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka WAJIB lah ia berniqab "

Maka saya katakan : perkataan diatas perlu dipertimbangkan semula.

Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan
dalam Surah an-Nur, ayat 30 .

Perintah kepada lelaki menjaga mata berdasarkan hadis
Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata "aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang memandang wanita secara spontan. Beliau(Rasulullah saw) lalu memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku"
[Shahih. HR Muslim, Tirmizi (2776), Abu Daud (1864)]

Rasulullah saw bersabda, "wahai Ali, janganlah kamu lanjutkan pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya pandangan pertama (spontan) bagimu, sedangkan pandangan kedua tidak diperbolehkan untuk mu."[Hasan. HR Tirmizi (2777), Abu Daud (1865)]

Berdasarkan dalil diatas. Lelaki juga diwajibkan menunduk dan menahan pandangan. Oleh itu, tidaklah menjadi masalah jika wanita membuka wajah (tidak berniqab) asal kan wanita keluar rumah tidak tabarruj, lipstik, solekan, berdandan.

▪ Jika ada yang bertanya :
"Mengapa dinegara Arab-Arab, mejoriti muslimat berniqab? Adakah mereka diWAJIBkan berniqab?"

Maka saya katakan :
"Hal itu mustahab (baik/dianjurkan) bagi masyarakat arab untuk berpakaian seperti itu, jika ada yang mengatakan hukum WAJIB atau SUNNAH, maka mintalah keterangan dalil Al-Quran dan Hadis shahih yang jelas sejelasnya mewajibkan hal ini."

▪ Jika ada yang bertanya :
"Apakah hukum berniqab dan menutup kedua telapak tangan dalam masyarakat malaysia?"

Jawapan :
Wanita dibolehkan membuka wajah & kedua telapak tangan kerana tidak termasuk tempat aurat yang wajib ditutup, namun termasuk dalam hal mustahab (baik/dianjurkan/disukai) berniqab & menutup kedua telapak tangan.


Kesimpulan saya (-pen) :

1- Berdosa apabila meninggalkan suatu perkara wajib, namun wajah dan dua telapak tangan TIDAK termasuk tempat yang WAJIB ditutup. Oleh itu, janganlah merasa diri berdosa jika tidak berniqab. Ianya tidak berdosa selagi tidak tabarruj (lipstick, cellak mata, make up) sehingga menarik perhatian ajnabi.

2- Apabila mak-ayah atau suami menganjurkan isteri atau anak wanita untuk berniqab, maka turutilah mak ayah & suami. Kerana hal itu Mustahab disukai dan tidak lah melanggar syariat. Ikutilah.

3- Wanita diHARAMkan (berdasarkan dalil Alquran, Assunnah dan Ijma) untuk bersifat tabarruj, berdandan, lipstik, solekan ketika keluar rumah. Larangan tabarruj ditempat awam mahupun dilaman internet sosial zaman ini. Kasihanilah para lelaki yang sedang berusaha mengelak fitnah. Dan kasihani lah diri kalian(wanita) kerana semakin banyak menanggung dosa kalian kerana menfitnah(tabarruj). Nabi saw bersabda :"Aku tidak meninggalkan fitnah kepada manusia sesudahku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain kaum wanita"
[Shahih, HR At-Tirmizi (2780) Muttafaq-alaih (Bukhori-Muslim), Ash-shahihah (2701)]

4- Tidak dibenarkan seseorang (non family) awam (bukan ulama) memaksa seseorng wanita untuk menutupi muka dan kedua telapak tangan.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:“Sesungguhnya agama ini adalah mudah, dan tiada seorang pun yang cuba menyusah-nyusahkan diri di dalam perkara agama ini melainkan dia pasti akan gagal”
[Shahih Al-Bukhari, no. 39]

Wallahu A'lam. Segala puji bagi Allah, semoga Allah mengampuni kesalahan saya. Yang baik benar dari Allah, dan yang salah dari diri saya atau dari syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan