Jumaat, 27 Mei 2016

MENZAHIRKAN IBADAH DAN BERMAKSIAT


Soalan :
Assalamualaikum,nak tanya.
kalau kita menzahirkan ketaqwaan kita kepada Allah,solat tak tinggal,mengaji,puasa sunat semua tu padahal dalam diam,kita duk bercinta dgn ajnabi,buat maksiat. Adakah itu dikira sebagai nifak? Dan adakalanya dia dok lihat benda lucah. mohon pencerahan

Jawapan : Waalaikumussalam.
Ya. Munafiq. shalatnya, puasanya belum merubah dirinya menjadi baik kerana kemunafikan yang kuat dalam diri. Allah swt menempatkan golongan munafiq di neraka Jahannam tingkatan paling bawah(tempat paling sengsara dalam neraka).

Kitab Alquran tidak ada keraguan didalamnya, sebagai petunjuk bagi orang² yang bertaqwa(QS : Al Baqarah : 2)

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan shalat) di hadapan
manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara demikian (iman dan kafir); tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang yang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir)”.
(QS An-Nisa : 142-143).

“Allah telah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perlempuan dan orang-orang kafir dengan neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka bagi mereka; dan Allah melaknati mereka; dan bagi mereka adzab yang kekal”. (Q.S. At-Taubah : 68).

Di dalam ayat lain Allah berfirman: “Sesungguhnya
orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan paling bawah dari neraka”.
(QS An-Nisa :145).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan