Sabtu, 28 Mei 2016

(I'TISHOM ALQURAN & ASSUNNAH) SIFAT TATACARA WUDHU.

PENGERTIAN WUDHU

Wudhu bahasa Arab diambil dari kata Al-Wadha'ah bermaksud kebersihan dan kecerahan. Kata Wudhu adalah perbuatan dan Wadhu adalah air yang digunakan ketika berwudhu.[1]

Secara Istilah adalah menggunakan air pada tempat-tempat tertentu (wajah, kedua tangan, kepala, dan kedua kaki) untuk menghilangkan sesuatu yang menghalangi shalat.[2]

Dalil-dalil disyariatkan berwudhu berasal dari Al-Quran, As-Sunnah, dan Ijma.

a) Dalil dari Al-Quran.

Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah wajah mu, dan tangan mu sampai siku dan sapulah kepala mu dan (basuhlah) kaki mu sampai dengan kedua mata kaki." (QS Al-Maidah : 6)

b) Dalil dari Sunnah

Hadis Abu Hurairah, dia berkata, Rosulullah saw bersabda, "Shalat salah seorang diantara kalian tidak akan diterima apabila dia berhadas, sehingga dia berwudhu."[3]

Dari Abu Said bahawa Nabi saw bersabda, "Kunci shalat adalah bersuci, permulaannya takbir, dan diakhiri dengan salam."[4]

c) Adapun dari Ijma.

"Para Ulama telah bersepakat bahawa shalat tidak akan diterima kecuali dengan bersuci."[5]


SYARAT SAHNYA WUDHU.[6] : Niat

Niat merupakan syarat, niat adalah keinginan hati untuk melakukan perbuatan dalam rangka melaksanakan perintah Allah swt dan Rosul-Nya saw.

Rosulullah saw bersabda, "sesungguhnya perbuatan tergantung pada niat, dan setiap orang mendapatkan sesuai niatnya."[7]

Syaikh Al Islam berkata[8], "niat tempatnya didalam hati, bukan di lisan sesuai kesepakatan ulama pada seluruh macam-macam ibadah : bersuci, shalat, zakat, puasa, haji, memerdekakan budak, jihad, dan lain sebagainya.

Tidak disyariatkan untuk melafaz niat (dilisan-pen) dan tidak diulang-ulang, dan orang yang menyelisihinya harus diberi hukuman setelah diberi penjelasan mengenai larangan mengeraskan suara saat berniat, terlebih jika dia mengulang-ngulang. Orang yang mengeraskan niat berarti telah berlaku buruk, jika meyakini bahawa hal itu dari ajaran agama agar mengeraskan niat saat beribadah kepada Allah berarti dia telah melakukan bid'ah, kerana Nabi Saw dan para sahabat tidak pernah mengeraskan niat sama sekali, dan tidak pernah ada keterangan (hadis-pen) dari mereka. Seandainya hal ini disyariatkan, nescaya Allah akan menjelaskan hal ini melalui lisan (hadis-pen) Nabi-Nya, juga kita tidak perlu mengeraskan suara dalam niat kerana Allah Maha Mengetahui.[9]


SIFAT TATACARA WUDHU.[10]: Wajah, tangan hingga siku, kepala, kaki hingga kedua mata kaki. Tertib.

Bersiwak, hukumnya sunnah sebelum wudhu dan ketika hendak shalat. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw  bersabda, "sekiranya aku tidak khawatir memberatkan umatku, sungguh aku akan memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap berwudhu." [11]

Sunnah memulai dengan bismillah. Demikian pendapat yang rojih dikalangan Ulama. Antaranya Imam Al Bukhori (kitab 4 bab 8), dan pendapat ini juga di kuatkan oleh Syaikh Al Faqih Abu Malik dalam kitab beliau.

1- WAJAH

Wajah adalah anggota badan yang digunakan untuk berhadapan. Batasan dari hujung dahi (dari tempat tumbuhnya rambut sesuai kebiasaan) sampai kebawah janggut dan dagu, dan mulai dari satu telinga sampai telinga yang satu lagi.

Membasuh wajah adalah salah satu rukun wudhu, yang tidak akan sah jika tidak dikerjakan, Firman Allah swt, "Hai orang-orang beriman, jika kamu hendak melakukan shalat maka basuhlah wajah mu." (QS Al-Maidah : 6) dan terdapat keterangan yang jelas dalam sifat wudhu Nabi saw tentang membasuh wajah, juga merupakan Ijma Ulama.

Wajib berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung sebanyak 1 kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Dan tidak boleh menambahkannya lagi.[12]

• Al Madhmadhah : Membasuh mulut dan berkumur.
• Al Istinsyaq : Memasukkan air kedalam hidung, dan menghirupnya sehingga kedalam hujung hidung (semampu diri-pen).
• Al Instinsyar :Mengeluarkan air dari hidung setelah melakukan Istinsyaq.

Hal diatas wajib dilakukan ketika wudhu menurut pendapat yang paling rojih (kuat). Kerana dalam mulut, dalam hidung, dagu, dahi, semua itu mengandung erti wajah dalam bahasa Arab.[13]

Allah secara tegas memerintahkan untuk membasuh wajah, lalu Nabi saw menafsirkan dengan perbuatan dan ajarannya (iaitu Sunnah (ketetapan) Baginda saw), beliau berkumur dan dan Istinsyaq setiap kali beliau berwudhu, dan tidak pernah ada keterangan bahawa beliau tidak pernah melakukannya, jika perbuatan Nabi saw mengandung suatu perintah untuk mengikuti, maka itu bermakna hukumnya wajib.[14]

Nabi saw bersabda, "apabila salah seorang dari kalian berwudhu maka hendaklah ia beristinsyaq."[15] "apabila salah seorang dari kalian berwudhu, maka masukkanlah air kedalam hidung dan mengeluarkannya."[16]

Faedah. [17] :

Para Ulama berbeza pendapat dalam masalah berkumur dan istinsyaq pada waktu mandi dan berwudhu, menjadi 4 pendapat :

1- Keduanya diwajibkan pada saat mandi sahaja, menurut Ats Tsauri, Abu Hanifah dan Ash Habur Ra'yi.

2- Keduanya diwajibkan pada waktu mandi dan wudhu, menurut Atha', Ibnu Juraij, Ibnu Mubarak, Ishaq, satu pendapat Imam Ahmad, dan yang masyhur pada mazhab Hambali.

3- Istinsyaq wajib ketika mandi dan wudhu, berkumur sunnah, menurut satu pendapat Ahmad, Abu Ubaid, Abu Tsur, satu kelompok ahli hadis dan dianut oleh Ibnu Mundzir.

4- Keduanya disunnahkan pada waktu mandi dan wudhu, pendapat Malik, Syafie, Al Laits, Al Auza'i dan Jamaah.

Saya (-pen) cenderung memilih antara pendapat ke-2 atau pendapat ke-3. Hal tersebut sangat mendekati kebenaran (dalil). Wallahu A'lam.
Segala pendapat diatas, sila lihat dalam kitab Iktikaf Al Ulama, Al Mawarzi (23-24), At Tamhid (4/34), Al Ausath (1/379), At Tahqiq Ibnu Jauzi (1/143), Al Muhalla (2/50)

Catatan dari saya (-pen) berkaitan istinsyaq : hal ini tidak boleh dilakukan berlebihan ketika berpuasa.

Membasuh janggut dan semua bulu wajah. Hal tersebut termasuk bahagian wajah, maka wajib membasuhnya juga. Dalam hal ini, pendapat Imam Syafie dan pendapat yang kuat dalam mazhab Ahmad Hambali.[18]

Wajib membasuh wajah sebanyak satu kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Maka kita akan mendapat pahala wajib dan pahala sunnah jika membasuh lebih dari satu kali. Nabi saw terkadang berwudhu 1 kali 1 kali, dan terkadang 2-3 kali basuhan. Hal ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhori (no 157-159).

2- MEMBASUH KEDUA TANGAN SAMPAI SIKU

Allah swt berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah wajah mu, dan tangan mu sampai siku." (QS Al-Maidah : 6)

Berdasarkan ini. Wajib mengikut sertakan siku pada saat membasuh tangan menurut Jumhur Ulama, selain Mazhab Maliki.[19]

Membasuh dan membersihkan sela-sela jari jemari. (Sila lihat catatan kaki no-29)

Wajib membasuh tangan sampai siku 1 kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Dan tidak boleh menambahnya lagi.[20]

3- SATU KALI CEDUKAN AIR KETIKA MENGUSAP KEPALA DAN LANGSUNG MEMBASUH KEDUA TELINGA. SATU KALI CEDUKAN AIR SAHAJA.

Firman Allah swt, ".... dan sapulah kepala mu.." (QS Al-Maidah :6)

Wajib menyapu seluruh kepala dari depan hingga belakang bagi lelaki, dan sebahagian kepala bagi wanita. Sebanyak satu kali cedukan air sahaja. Dan tidak boleh menambah bilangan cedukan air lebih dari satu kali ketika menyapu kepala. Demikian pendapat terkuat dikalangan ulama hadis antara nya Imam Al Bukhori, Imam Ibnu Khuzaimah, dll...dan pendapat terkuat dikalangan Jumhur Ulama dari kelompok ahli Hadis dan Fiqih.[21]

Hadis-hadis berkaitan mengusap kepala dengan cedukan 3 kali mengambil air, semua status hadis tidak ada yang Shahih.

Syaikh Al Islam Ibnu Hajar Asqalanie berkata dalam kitab beliau Fathul Baari (Kitab 4/42/192), :

"Dalil terkuat yang menunjukkan tidak adanya pengulangan dalam menyapu kepala adalah hadis masyhur yang dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari selainnya dari jalur periwayatan Abdullah Bin Amru bin Al Ash mengenai sifat wudhu Nabi saw, bahawa beliau bersabda setelah selesai berwudhu, "Barangsiapa yang menambahkan dari yang demikian ini, sungguh ia telah berlaku buruk lagi zalim."[22]

Syaikh Al Islam Ibnu Hajar menyambung perkataan beliau, " Sementara dalam riwayat Said bin Manshur terhadap hadis diatas terdapat ketegasan, bahawa beliau Saw menyapu kepala hanya satu kali, hal ini bermakna menyapu kepala lebih dari satu kali tidaklah disukai (makhruh). HAdis-hadis yang menyebutkan mengusap kepala 3 kali (kalau shahih) maka harus difahami bahawa maksudnya adalah untuk meratakan sapuan untuk seluruh kepala, bukan bermaksud usapan tersendiri (mengambil cedukan air lagi-pen) untuk seluruh kepala. Demikian kesimpulannya dengan mengumpulkan seluruh dalil-dalil yang ada."[23]

Mengusap kepala dengan kedua tangan, agar usapan merata diseluruh kepala dengan cara mengusap dimulai dari bahagian depan kepala kemudian menjalankan kedua tangan kebelakang kepala sampai ketengkuk, lalu mengembalikan lagi (tangan-pen) ketempat dimana ia mulai. Kemudian terus sambung mengusap telinga tanpa mengambil cedukan air lagi. Hal semua ini dilakukan satu kali cedukan air sahaja. Dan meratakan satu kali usapan sahaja.[24]

Faedah :
• Syaikh Al Faqih membolehkan mengambil cedukan air baru untuk telinga berdasarkan dalil dari riwayat Ibnu Umar.[25]

Catatan :
• Tidak disyariatkan mengusap leher ketika wudhu kerana tidak ada dalil sama sekali dari Nabi saw yang menjelaskan hal itu.[26]

4- MEMBASUH KEDUA KAKI HINGGA MATA KAKI (Buku lali).

Membasuh kaki adalah wajib menurut Jumhur Ulama, berdasarkan firman Allah, "dan kedua kakimu hingga mata kaki." (QS Al-Maidah : 6) dengan kedudukan nashab pada kata "arjulakum" menjadi athaf (mengikut) kepada yang sebelumnya.

Abdur Rahman bin Abu Laila mengatakan, "Para sahabat Nabi saw bersepakat untuk membasuh kedua kaki."[27]

Semua riwayat yang menceritakan wudhu Nabi saw menetapkan adanya membasuh kaki sampai mata kaki, diantaranya hadis Utsman yang pada lafaznya disebutkan, "...kemudian membasuh kedua kakinya hingga mata kaki sebanyak tiga kali.."[28] Dua mata kaki termasuk pada pembasuhan, kerana apabila sebuah batas termasuk dari jenis yang dibatasi, maka dia termasuk didalamnya.

Menyela jari jemari kaki berdasarkan hadis dari Abu Hasyim dari 'Ashim bin Laqith dari Ayahnya berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Apabila kamu wudhu, sempurnakan wudhumu dan bersihkan celah-celah jari-jemari."[29]

Wajib membasuh dengan air sebanyak satu kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Maka kita akan mendapat pahala wajib dan pahala sunnah jika membasuh lebih dari satu kali. Nabi saw terkadang berwudhu 1 kali 1 kali, dan terkadang 2-3 kali basuhan. Hal ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhori (no 157-159).


DOA SELEPAS WUDHU

Nabi saw bersabda :

‘Tidaklah salah seorang di antara kalian berwudhu dan menyempurnakan wudhunya kemudian mengucapkan

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَ( أَشْهَدُ ) أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

"aku bersaksi tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan (aku bersaksi)  Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya "

melainkan pintu surga yang berjumlah lapan akan dibukakan untuknya. Dia masuk dari pintu manapun yang dia kehendaki."[30]

Sifat tatacara wudhu secara keseluruhan :

1- Niat (dalam hati)

2- Membaca Bismillah sambil membasuh tangan sebelum memulai.

3- Memasukkan air kedalam mulut serentak masukkan kedalam hidung, sebanyak 3 kali cedukan air.

4- Membasuh seluruh wajah, sebanyak 3 kali cedukan air.

5- Membasuh sela jari jemari, tangan kanan , hingga siku sebanyak 3 kali cedukan air, kemudian hal sama dilakukan membasuh sebelah kiri sebanyak 3 kali cedukan air.

6- Mengambil air kemudian usap kepala, bermula dari depan hingga kebelakang kepala, hingga tengkuk, kemudian mengembalikan tangan kehadapan semula, kemudian terus usap telinga (tanpa mengambil air lagi), hal ini dilakukan sebanyak 1 kali cedukan air sahaja.

7- Mengambil air kemudian membasuh kaki diiringi sela jari dan basuh hingga mata kaki sebanyak 3 kali cedukan air, kemudian hal sama dilakukan membasuh sebelah kiri sebanyak 3 kali cedukan air.

8- Doa selepas wudhu.


KEUTAMAAN WUDHU

Telah mengabarkan kepada kami Qutaibah dan Uthbah bin Abdullah dari Malik dari Zaid bin Aslam dari Atha' bin Yasar dari Abdullah As Shunabihi, bahwasannya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Apabila seorang hamba yang beriman berwudlu lalu ia berkumur-kumur, maka keluarlah kesalahan mulutnya (maksudnya kesalahan yang diperbuat oleh mulutnya). Bila dia menghirup air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya, maka keluarlah kesalahan dari hidungnya. Bila membasuh muka, keluarlah kesalahan dari mukanya hingga keluar dari kedua kelopak matanya. Jika ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah kesalahannya dari kedua tangannya hingga keluar dari bawah kuku-kuku kedua tangannya. Apabila mengusap kepalanya, maka keluarlah kesalahannya dari kepalanya hingga keluar dari kedua telinganya, dan apabila membasuh kedua kakinya, maka keluarlah kesalahan dari kedua kakinya hingga dari bawah kedua kuku-kuku kedua kakinya. Kemudian berjalannya ke masjid menjadi ibadah sunnah baginya."[31]

Catatan :
• Sifat tatacara wudhu diatas sama hukumnya bagi lelaki dan wanita.

Semoga bermanfaat, semoga Allah menambahkan ilmu pemahaman kepada kita dalam beragama. Aamiin.

Pen : Malik Asy-Syarqowi
_________
Rujukan :

[1] Al Qamus (1/33), Mukhtashar Ash Shahah (575), Al Majmu (1/355).

[2] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Wudhu.

[3] Shahih, HR Al Bukhori (135), Muslim (225), dll..

[4] Hasan Lighoirih,HR At Tirmizi (3), Abu Daud (60), Ibnu Majah (275), dianggap Shahih oleh Syaikh Albani dalam kitab Shahih Jami' (5761).

[5] Al Ausath karya Ibnu Mundzir (1/107).

[6] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Wudhu.

[7] Shahih, HR Al Bukhori (1), Muslim (1907).

[8] Majmu Ar Rasail Al Kubro (1/243).

[9] Zad Al Ma'ad (1/196), Ighasah Al Lahafan (1/134), Bada'i Al Fawaid (3/186), Al Furu (1/111), Syarh Al Mumti (1/159).

[10] Shahih Fiqih Sunnah, Kitab Wudhu. Hal ini saya (-pen) menggabungkan segala pembahasan Rukun, Wajib, dan Sunnah.

[11] Shahih, HR Muslim (252).

[12] Shahih, HR Muslim (235), At Tirmizi (28), Ibnu Majah (405). Dan lihat catatan kaki ke-20

[13] Ibid, Kitab Wudhu, Nail Al Authar (1/174), Ahkam Al Quran (2/563).

[14] Syarh Al Umdah Ibnu Taimiyyah (1/178), At Tamhid Ibnu Abdul Bar (4/36).

[15] Shahih, HR Muslim (237)

[16] Shahih, HR Al Bukhori (161), Muslim (237), dll...

[17] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Wudhu.

[18] Syarh Fath Al Qadir (1/12), Al Mughni (1/87), Al Majmu' (1/380).

[19] Al Mabsuth (1/16), Bidayah Al Mujtahid (1/11), Al Majmu (1/389), Al Mughni (1/90).

[20] Membasuh anggota wudhu sebanyak 3 kali. Ada riwayat shahih dari Nabi saw bahawa beliau berwudhu sekali-sekali [Shahih, HR Al Bukhori (156)]. Dan kekadang beliau berwudhu dua kali-dua kali basuhan [Shahih, HR Al Bukhori (167)]. Dan tidak boleh melebihi 3 kali basuhan bagi anggota lain, manakala bagi kepala, tidak boleh melebihi 1 kali usapan. [saya-pen- akan jelaskan kemudian pada catatan kaki ke-22]

[21] Pendapat Imam Al Bukhori (kitab 4 bab 42), Ibnu Khuzaimah (kitab 1 bab 119-122).

[22] Nabi saw, bahawa beliau bersabda setelah selesai berwudhu, "Barangsiapa yang menambahkan dari yang demikian ini, sungguh ia telah berlaku buruk lagi zalim." Shahih, hadis ini juga diriwayatkan oleh An Nasai (1/88), Ibnu Majah (422), Ahmad (2/180).

[23] Fathul Baari Bisyrh Shahih Al Bukhori (Kitab 4/42/192), dan Syaikh Al Faqih juga menukil riwayat ini dalam kitab beliau.

[24] Berkaitan mengusap kepala terus sambung telinga. Sanad Hasan, yaitu HR Ad Daruqutni (1/98), Ibnu Abi Syaibah ((1/28) dan Hadis status Shahih berkaitan hal ini diriwayatkan oleh Abu Daud (133), At Tirmizi (36), An Nasai (1/74), Ibnu Majah (439), dll memiliki jalur shahih dari Ibnu Abbas. Asal Hadis dari Al Bukhori (157), dan sangat banyak hadis menjelaskan hal ini. Dan lihat juga HR Ibnu Khuzaimah (155), dan serupa dalam kitab Al Bukhori (wudhu) bab 38-39 no hadis 185-186.

[25] Sanadnya Shahih, HR Abdur Razaq (29), Al Baihaqi (1/65).

[26] Majmu Al Fatawa ((1/56), Zaad Al Ma'ad ((1/49), Silsilah Adh Dhoifah (69-74).

[27] Fathul Baari Ibnu Hajar (1/266), Al Mughni Ibnu Qudamah (1/120)

[28] Shahih, HR Al Bukhori (159), Muslim (226).

[29] Shahih, HR An Nasai (114), At Tirmizi (788), Abu Daud (142-144).

[30] Shahih, HR Muslim (234).

[31] Shahih, HR An Nasai (103), Muslim (244), Tirmizi (2), Ibnu Majah (283).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan