Jumaat, 27 Mei 2016

KEMARAU, BAGAIMANA ISTISQA' ?


Soalan :
Hari panas yang luar biasa melanda negara ini. banyak org melaksanakn shalat hajat 2 rakaat untuk meminta hujan. Sebahagian pula mngatakan tidak perlu shalat hajat, kerana bukan itu yg nabi contohkan kpd kita. Mohon penerangan. Syukran

Jawapan : Kalau minta hujan bukan shalat hajat (saya sudah beri pembahasan dhoif ini) .Nabi memberi contoh kepada kita untuk melaksanakn ISTISQA. Demikian dibawah ini saya (Asy-Syarqowi) terangkan ibadah istisqa shahih dari Nabi, dan diikuti(ittiba) oleh Salafusholeh(ahli ilmu/org sholeh 3 kurun awal) dan ulama kaum muslimin seluruh mazhab sunni yang berbaris(jamaah) dalam Manhaj Salafusholeh. Bismillah..


AL-ISTISQA' الإستسقاء

SEBAHAGIAN SEBAB KEDATANGAN MUSIBAH ADALAH DARI KESALAHAN DAN DOSA DARI MANUSIA

Penyebab Terjadinya Kekeringan , bencana alam serta musibah-musibah lain secara umum adalah kerana maksiat dan pelanggaran syariat yang dilakukan oleh manusia.

▪ Allah Ta’ala berfirman:
ﻓَﺈِﻥْ ﺗَﻮَﻟَّﻮْﺍ ﻓَﺎﻋْﻠَﻢْ ﺃَﻧَّﻤَﺎ ﻳُﺮِﻳﺪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻥْ ﻳُﺼِﻴﺒَﻬُﻢْ ﺑِﺒَﻌْﺾِ ﺫُﻧُﻮﺑِﻬِﻢْ ﻭَﺇِﻥَّ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟَﻔَﺎﺳِﻘُﻮﻥَ
“Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.” [QS Al-Maidah: 49]

▪ Allah Ta’ala berfirman:
ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺻَﺎﺑَﻜُﻢ ﻣِّﻦ ﻣُّﺼِﻴﺒَﺔٍ ﻓَﺒِﻤَﺎ ﻛَﺴَﺒَﺖْ ﺃَﻳْﺪِﻳﻜُﻢْ ﻭَﻳَﻌْﻔُﻮ ﻋَﻦ ﻛَﺜِﻴﺮٍ
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu) ” (QS. Asy Syuraa: 30)


AL-ISTISQA' الإستسقاء
Artinya minta hujan dari Allah ketika terjadi kekeringan.
Ada 2 cara Sunnah(ketetapan) untuk melakukan Istisqa' . Dan kedua-kedua cara ini lebih utama dilaksakan (daripada cara selainnya yang saya tidak senaraikan disini agar tulisan ini tidak semakin panjang) berdasarkan petunjuk dalil shahih yang ada:

1- Istisqa(doa) sahaja dan bolehnya tanpa mendirikan shalat Istisqa

2- Mendahulukan khutbah ketika Istisqa, kemudian mendirikan shalat 2 rakaat Istisqa. Boleh juga sebaliknya

Saya akan terangkan kedua-dua cara istisqa ini.


Cara pertama. ISTISQA'(doa) SAHAJA DAN BOLEHNYA TANPA MENDIRIKAN SHALAT ISTISQA'

Telah diriwayatkan dari Nabi saw macam-macam Istisqa tanpa harus mendirikan shalat Istisqa. Sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis. Antaranya :

▪ Dari Umair bekas hamba sahaya Abu Lahm bahawasannya dia melihat Nabi Saw meminta hujan dekat batu Az-Zait didekat Az-Zaura', beliau berdoa sambil mengangkat kedua tangannya serata didepan muka beliau dan tidak melebihi tinggi kepalanya.
[Shahih, HR Abu Daud(1168), At-Tirmizi(557), An-Nasai(3/159), dan Ahmad(5/223)]

▪ Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Khalaf telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ubaid telah menceritakan kepada kami Mis'ar dari Yazid Al Faqir dari Jabir bin Abdillah dia berkata; "Beberapa wanita mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sambil menangis (karena kekeringan), kemudian beliau berdo'a:
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
"ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang dapat menolong kami, yang menyenangkan kami, menyuburkan lagi bermanfaat dan tidak membahayakan, segera jangan ditunda-tunda." Seketika itu juga, langit menurunkan hujannya atas mereka."
[Shahih, HR Abu-Daud(1169), Al-Hakim(1/327) dan dari jalurnya Al-Baihaqi meriwayatkan hadis ini(3/355)]

▪ Dari Syarik bin Abdillah bin Abi Namir bahawa dia mendengar Anas bin Malik menyebutkan, "bahawasanya ada seorng lelaki masuk masjid pada hari Jumaat dan Rosulullah saw sedang berdiri khutbah lalu lelaki tadi menghadap Rosulullah dengan berdiri, kemudian berkata,"wahai Rosulullah, harta benda telah binasa, jalan-jalan terputus, berdoalah kepada Allah agar menurunkan hujan untuk kami." Lalu Rosulullah saw mengangkat kedua tangannya dan berdoa
اللّهمّ اسقِنَا ، اللّهمّ اسقِنَا ، اللّهمّ اسقِنَا ،
"Ya Allah, berilah kami hujan, ya Allah, berilah kami hujan,ya Allah, berilah kami hujan"

Anas berkata,"sungguh demi Allah, kami tidak melihat satu awan pun dilangit dan tidak ada satu rumah pun diantara kami dan gunung Sala'(yang dapat menghalangi penglihatan). Anas berkata lagi,"lalu setelah itu muncul awan dari belakang gunung Sala' bagaikan perisai dan ketika sudah sampai ditengah langit, awan itupun berpencar lalu turunlah hujan." Anas berkata,"Demi Allah, kami tidak melihat matahari selama 6 hari. Kemudian, pada hari yang lain ada seorang lelaki masuk lagi ke masjid melalui pintu yang sama pada Jumaat sebelumnya sementara Rosulullah saw sedang berdiri khutbah lalu lelaki tadi menghadap Rosulullah dengan berdiri, kemudian berkata,"wahai Rosulullah, harta benda telah binasa, jalan-jalan terputus, berdoalah kepada Allah agar menghentikan hujan(yang berlebihan) ini daripada kami." Anas berkata, "lalu Rosulullah saw mengangkat kedua tangannya lalu berdoa
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظِّرَابِ وَالْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَر
"Ya Allah, jadikanlah hujan ini turun diantara kami tetapi tidak sampai membahayakan kami. Ya Allah, jadikanlah hujan ini mengalir diperbukitan, gunung-gunung, lembah-lembah dan dan hutan." Anas berkata," maka seketika itupun hujan reda dan kami keluar berjalan dibawah sinar matahari."

Syarik berkata "Aku bertanya kepada Anas,"apakah lelaki itu orang yang pertama?" Anas menjawab "aku tidak tahu"
[Shahih, HR Al-Bukhori(1013-1014), Muslim(897)]

Dalam hadis diatas( Shahih, HR Al-Bukhori(1013-1014), Muslim(897) ada beberapa faedah, antara nya:

Dimasukkan doa Istisqa dalam khutbah Jumaat dan dibacakan diatas mimbar tanpa adanya pembalikan seledang(sebagaimana dalam hadis lain-pen.Malik), dan tanpa menghadap qiblat, dan cukupnya shalat Jumaat tanpa harus melakukan shalat Istisqa, dan bolehnya Istisqa(doa-pen.Malik) tanpa melakukan shalat tertentu.
[Fathul Baari]

Jenis Lafaz doa-doa Istisqa berdasarkan hadis-hadis shahih, ianya sangat banyak, Alhamdulillah. Hadis diatas adalah antara jenis lafaz doa Istisqa. Jenis doa Istisqo yang lain ialah :

▪ Dari 'Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari kakeknya dia berkata; "Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memohon turunnya hujan, beliau mengucapkan:
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
"Ya Allah, hujanilah hamba-hamba-Mu, binatang-binatang ternak-Mu dan tebarkanlah rahmat-Mu serta hidupkanlah tanah-Mu yang tandus."
[Hasan, HR Abu-Daud(1736), Malik(458)]

▪ Ka'b bin Murrah berkata, "Seorang laki-laki datang menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata, "Wahai Rasulullah, beristisqa`lah engkau kepada Allah! " Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu mengangkat kedua tangannya dan mengucapkan:
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مَرِيئًا مَرِيعًا طَبَقًا عَاجِلًا غَيْرَ رَائِثٍ نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ
"Ya Allah, berilah kepada kami hujan yang tenang dan merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, segera dan tidak ditunda-tunda, bermanfaat dan tidak membahayakan"
[Shahih, HR Ibnu Majah(1269)]


Cara kedua. MENDAHULUKAN KHUTBAH KETIKA ISTISQA, KEMUDIAN  MENDIRIKAN SHALAT 2 RAKAAT ISTISQA. BOLEH JUGA SEBALIKNYA

WAKTU KHUTBAH & SHALAT ISTISQA

▪ Saya belum menemui hadis(jelas mahupun samar) yang shahih berkaitan waktu shalat Istisqa didirikan dimalam hari.

▪ Yang jelas adalah waktu shalat Istisqa didirikan  disiang hari, berdasarkan beberapa hadis, antaranya hadis dari Aisyah :

Aisyah lalu berkata, “Maka Rasulullah saw keluar ketika mulai tampak cahaya matahari."
[HR. Abu Dawud (1173). Dishahihkan oleh Ibnu Hibban. An-Nawawi mengatakan, Sanad hadits ini hasan. Lihat pula Irwa’ul Ghalil (668)] *hadis Aisyah ini akan dinyatakan selepas 1 poin dibawah*

Dalam kitab Al-Fath [Lihat pembahasan ini dalam Al-Fath mensyarah kitab Al-Istisqa bab 4] Syaikh Al-Islam Ibnu Hajar menukilkan "Ibnu Qudamah mengutip Ijma para ulama yang mengatakan bahawa shalat Istisqa tidak boleh dilakukan pada waktu-waktu yang terlarang  mendirikan shalat."

Saya katakan : Ijma diatas adalah batasan yang utama.

SUNNAH-SUNNAH KELUAR RUMAH KETEMPAT MUSHALLA/MASJID JAMI' KETIKA ISTISQA

▪ Dengan penampilan sederhana, tawadhu' dan rendah hati. Berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas, dia berkata, "Rosulullah saw keluar dengan penampilan sederhana, tawadhu' dan khusyu' hingga beliau sampai di Mushalla. Lalu beliau naik mimbar dan menyampaikan khutbah tapi bukan seperti khutbah biasanya, akan tetapi beliau masih terus berdoa, benar-benar mengharap dan bertakbir. Kemudian beliau shalat 2 rakaat sepertimana shalat I'ed"
[HR Abu Daud(1165), At-Tirmizi(555), An-nasai(1/226), di-HASAN-kan oleh Albani lihat Al-Irwa(665)]

ISI KHUTBAH KETIKA ISTISQA
ialah apa yang sudah ditunjukkan oleh hadis-hadis shahih sahaja iaitu doa istisqa', bertakbir, tahmid, menyampaikan khutbah berdasarkan keadaan, pengharapan, taubat kepada Allah, penyesalan dll..

▪ Hadis dari Ibnu Abbas : "Lalu beliau(Nabi saw)naik mimbar dan menyampaikan khutbah tapi bukan seperti khutbah biasanya, akan tetapi beliau masih terus berdoa, benar-benar mengharap dan bertakbir."
[HR Abu Daud(1165), At-Tirmizi(555), An-nasai(1/226), di-HASAN-kan oleh Albani lihat Al-Irwa(665)]

▪ Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Manusia mengeluhkan kepada Rasulullah saw kondisi tidak ada hujan sama sekali. Maka beliau memerintahkan untuk disiapkan mimbar, kemudian diletakkan di Mushalla untuk beliau, seraya beliau menjanjikan hari tertentu agar mereka keluar pada hari tersebut.” Aisyah lalu berkata “Maka Rasulullah saw keluar (pada hari yang dijanjikan, pen) ketika mulai tampak cahaya matahari. Beliau pun duduk di atas mimbar. Lalu beliau saw bertakbir dan memuji Allah ‘ ‘Azza wa Jalla (bertahmid), kemudian beliau bersabda, “Kalian mengeluhkan negeri kalian yang mengalami kekeringan dan terlambatnya hujan dari awal waktunya. Allah telah memerintahkan kalian untuk berdo’a kepada-Nya dan menjanjikan kepada kalian bahwa Dia pasti mengabulkannya. Lalu Nabi berdo’a :
‏ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ، ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ، ﻳَﻔْﻌَﻞُ ﻣَﺎ ﻳُﺮِﻳﺪُ، ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺍﻟﻠَّﻪُ، ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺃَﻧْﺖَ ﺍﻟْﻐَﻨِﻲُّ ﻭَﻧَﺤْﻦُ ﺍﻟْﻔُﻘَﺮَﺍﺀُ، ﺃَﻧْﺰِﻝْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺍﻟْﻐَﻴْﺚَ، ﻭَﺍﺟْﻌَﻞْ ﻣَﺎ ﺃَﻧْﺰَﻟْﺖَ ﻟَﻨَﺎ ﻗُﻮَّﺓً ﻭَﺑَﻠَﺎﻏًﺎ ﺇِﻟَﻰ ﺣِﻴﻦٍ ‏
“Segala puji hanya bagi Allah Penguasa Alam semesta. Ar-Rahman ar-Rahim, Raja pada hari pembalasan. Tidak ada yang berhaq diibadahi kecuali Allah. Dia melakukan apa yang Dia kehendaki. Ya Allah, Engkaulah Allah, tidak ada ada ilah yang haq kecuali Engkau, Yang Maha Kaya, dan kami adalah fuqara (makhluk yang fakir/sangat memerlukan kepada-Mu). Turunkanlah kepada kami hujan yang menghilangkan berbagai kegentingan, dan jadikanlah hujan yang Engkau turunkan sebagai kekuatan bagi kami dan bekal yang mencukupi kami dalam waktu yang lama.” Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya, dan beliau terus mengangkatnya hingga terlihat putih kedua ketiak beliau. Lalu Nabi saw menghadapkan punggungnya ke arah manusia (berarti beliau menghadap kiblat, pen), kemudian beliau membalik atau memindah posisi rida’ (baju luar)nya, dan beliau masih tetap mengangkat kedua tangannya Kemudian beliau kembali menghadap ke arah manusia dan turun (dari mimbar, pen). Lalu beliau shalat dua raka’at. Tak lama setelah itu, Allah jadikan awan, dengan guntur dan kilat, kemudian TURUNLAH HUJAN dengan izin Allah. Tidak beliau mendatangi masjid beliau kecuali air telah mengalir dari berbagai penjuru. Ketika beliau melihat mereka cepat-cepat masuk rumah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga tampak gigi-gigi gerahamnya, seraya beliau bersabda,
“Aku bersaksi bahwa Allah Maha Mampu atas segala sesuatu, dan bahwa aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.”
[HR. Abu Dawud (1173) Dishahihkan oleh Ibnu Hibban. An-Nawawi mengatakan, Sanad hadits ini hasan. Hadis di-hasan-kan oleh Albani Irwa’ul Ghalil (668), Al-Hakim(1/328)]

▪ Para ulama telah sepakat bahawa Shalat Istisqa' adalah sunnah yang biasa dilakukan oleh Rosulullah saw. Dan para ulama sepakat bahawa Shalat Istisqa' adanya khutbah(kecuali satu riwayat dari Mazhab Ahmad) diatas mimbar yang telah disediakan.

Namun para ulama berbeza pendapat bilakah waktu pelaksanaan khutbah, adakah selepas atau sebelum shalat.? Atau adakah khutbah (2 kali khutbah) dilaksanakan sebelum dan selepas shalat Istisqa.? Secara ringkasnya saya kemukakan ada dua perbezaan ketara pendapat mereka(ulama) Dan saya cenderung memilih pendapat kelompok ketiga tanpa mengabaikan dalil kelompok pertama dan kedua:

1- Khutbah dahulu, kemudian shalat Istisqa (Imam Malik, Imam Ahmad dalam riwayat yang kuat dari keduanya, dalil shahih Bukhori(1024), Muslim(894), dari hadis Abdullah bin Zaid dll.. HR Abu Daud(1165), At-Tirmizi(555), An-nasai(1/226), di-HASAN-kan oleh Albani lihat Al-Irwa(665)..dll

2- Shalat Istisqa dahulu, kemudian khutbah(pendapat Imam Malik, Syafie, pendapat masyur dari Ahmad, pendapat mejoriti ulama, termasuk Al-Qurtubi(lihat pembahasan dalam Fathul Baari dalam mensyarah kitab Al-Istisqa' bab 4), sebahagian dalil HR Ahmad(4/41) sanad shahih dan aslinya terdapat dalam riwayat Bukhori.. dan juga mnggunakan dalil dari HR Ahmad(7977), Ibnu Majah(1268)dari Abu Hurairah..sanad hadis ini lemah. Dan sebahagian menggunakan dalil Shahih Bukhori (1027)

3- Khatib boleh sahaja berkhutbah sebelum atau selepas shalat Istisqa. Hal ini berdasarkan keadaan yang diperlukan.(salah satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad yang dipilih oleh Asy-Syaukani dan lain-lain)

[Pembahasan khutbah diatas boleh dirujuk dalam kitab Fathul-Baari, Al-Umm, Kasyaf Al-Qana, Al-Mughni, Al-Majmu', Ad-Dasuqi dll]

SIFAT SHALAT ISTISQA

(Menurut jumhur ulama) disunnahkan kepada Imam untuk keluar shalat dua rakaat bersama makmum seperti shalat 'Ied dan mengeraskan bacaan dalam kedua-dua rakaat.

▪ Dari Ibnu Abbas, dia berkata, "Rosulullah saw keluar dengan penampilan sederhana, tawadhu' dan khusyu' hingga beliau sampai di Mushalla. Lalu beliau naik mimbar dan menyampaikan khutbah tapi bukan seperti khutbah biasanya, akan tetapi beliau masih terus berdoa, benar-benar mengharap dan bertakbir. Kemudian beliau shalat 2 rakaat
sepertimana shalat I'ed"
[HR Abu Daud(1165), At-Tirmizi(555), An-nasai(1/226), di-HASAN-kan oleh Albani lihat Al-Irwa(665)]

▪ Dari Abbad bin Tamim, dari pakciknya, ia berkata "aku melihat Nabi saw ketika keluar untuk memohon hujan." Lalu ia (pakciknya Abbad) berkata,"maka beliau Saw membalikkan punggungnya kepada manusia dan menghadap kearah kiblat untuk berdoa. Kemudian beliau mengubah letak selendangnya, lalu shalat dua rakaat mengimami kami dengan mengeraskan bacaan pada kedua (rakaat) nya."
[Shahih, HR Al-Bukhori(1024-1025), Muslim(894)]

▪ Secara ringkasnya, saya kemukakan ada dua perbezaan ketara diantara mereka(Ulama):

1- Shalat istisqa pada rakaat pertama takbir sebanyak 7 kali, dan rakaat kedua sebanyak 5 kali
2- Shalat Istisqa hanyalah sekali takbir pda rakaat pertama dan rakaat kedua.

Saya (pen.Malik) lebih bersetuju dengan pendapat kelompok pertama, dan saya perlu memahami penjelasan dari Ibnu Qudamah setelah menjelaskan dua tata cara diatas ini beliau mengatakan : “Mengerjakan yang mana saja dari dua cara ini adalah boleh dan baik”.
[Al Mughni]


WAJIB BERKEYAKINAN BAHAWA MEREKA DIBERI HUJAN KERANA KEBAIKAN DAN KASIH SAYANG DARI ALLAH, BUKAN LANTARAN BINTANG ATAU HAL LAINNYA

▪ Dari Zaid bin Khalid Al Juhaini bahwasanya dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memimpin kami shalat Shubuh di Hudaibiyyah pada suatu malam sehabis turun hujan. Setelah selesai Beliau menghadapkan wajahnya kepada orang banyak lalu bersabda: "Tahukah kalian apa yang sudah difirmankan oleh Rabb kalian?" Orang-orang menjawab, "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Beliau bersabda:
'(Allah berfirman): 'Di pagi ini ada hamba-hamba Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Orang yang berkata, 'Hujan turun kepada kita karena karunia Allah dan rahmat-Nya', maka dia adalah yang beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang-bintang. Adapun yang berkata, '(Hujan turun disebabkan) bintang ini atau itu', maka dia telah kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang-bintang'."
[Shahih, HR Al-Bukhori(846,1038,4147), Muslim(71), Abu Daud(3906)]

Maka orang yang berkeyakinan bahawa bintang tertentu memiliki pengaruh terhadap turunnya hujan, maka itu termasuk kekufuran, kerana dia telah berbuat syirik dalam masalah rububiyyah. (Hadis diatas merupakan dalilnya)
[Fathul Majid]


DISUNNAHKAN BERDOA KETIKA TURUNNYA HUJAN

▪ Dari 'Aisyah, bahwa jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat hujan, maka beliau berdoa:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
"Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat"
[Shahih, HR Al-Bukhori(1032)]

DISUNNAHKAN MENGENAKAN SEBAHAGIAN ANGGOTA BADAN DENGAN HUJAN

▪ Dari Anas berkata, "kami pernah kehujanan bersama Rosulullah saw, lalu beliau membuka bajunya sehingga kehujanan. Lalu kami bertanya,"wahai Rosulullah, kenapa engkau lakukan ini?" Beliau menjawab "kerana hujan ini baru sahaja diturunkan oleh Allah"
[Shahih, HR Muslim(898), Abu Daud(5100)]

DZIKIR SETELAH HUJAN TURUN

▪ Dzikir
ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ
"Hujan turun kepada kita karena karunia Allah dan rahmat-Nya"
[Shahih, HR Al-Bukhori(846,1038,4147), Muslim(71), Abu Daud(3906)]

DISUNNAHKAN BERDOA APABILA HUJAN TURUN DENGAN DERASNYA DAN DIKHUATIRI AKAN MEMBAHAYAKAN

▪ Doa
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﺂﻛَﺎﻡِ ﻭَﺍﻟْﺠِﺒَﺎﻝِ ﻭَﺍﻟْﺂﺟَﺎﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺍﻟْﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ
"Ya Allah, jadikanlah hujan ini turun diantara kami tetapi tidak sampai membahayakan kami. Ya Allah, jadikanlah hujan ini mengalir diperbukitan, gunung-gunung, lembah-lembah dan dan hutan."
[Shahih, HR Al-Bukhori(1013-1014), Muslim(897)]

Kesimpulan Istisqa' :

1- Istisqo (berdasarkan hadis shahih yang saya temui) boleh dilakukan mengikut kedua-dua cara diatas.
2- Khutbah dilakukan sebelum shalat Istisqa. Boleh juga sebaliknya.
3- Berdasarkan hemat saya, shalat Istisqo 7 kali takbir pada rakaat pertama, dan 5 kali takbir pada rakaat kedua.

Catatan :

1- Tulisan ini saya hanya nyatakan(agar artical tidak panjang berpuluh lembar) pilihan saya yg saya anggap ianya mendekati kebenaran berdasarkan penilaian saya keatas bermacam jenis perbezaan.

2- Segala cabang dan perbezaan pendapat, pembaca boleh rujuk kpd kitab yang telah saya nyatakan diatas.

3- Komentar status hadis-hadis diatas berdasarkan penilaian ulama hadis. dan saya memang bersetuju dengan kesepakatan mereka(ulama) dalam menentukan sesuatu hadis.

4- Saya berusaha keras semampu saya untuk meneliti perawi hadis, matan hadis, dan penomboran hadis, sila perbetulkan nombor hadis yang saya terlepas pandang..Jazakumullah

5- Bagi sesiapa yang mampu menyemak secara keseluruhan berkaitan Istisqa, maka, silakan semak.

6- Bagi sesiapa yang belum mampu untuk menyemak secara keseluruhan berkaitan ISTISQA, maka Sudah cukup tulisan ini berada dalam genggaman kalian. In sya Allah, semoga Allah menambahkan pemahaman kepada kita dalam beragama. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan