Khamis, 26 Mei 2016

DIMANAKAH POSISI ISTERI KETIKA SHALAT BERJAMAAH BERSAMA SUAMI ?

Soalan :
mahu tanya soalan ni kalau suami isteri solat berimam isteri kene berdiri sebelah mana kanan ke kiri?

Jawapan : Isteri berdiri tepat dibelakang suami.



SEORANG LELAKI YANG SHALAT BERSAMA SEORANG LELAKI
[Demikian tajuk dalam Jami' Tirmizi kitab 2 Bab 59]

Dari Kuraib pelayan Ibnu Abbas dari Ibnu Abbas, ia berkata; "Suatu malam aku pernah shalat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, aku berdiri di sisi kirinya, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun memegang kepalaku dari belakang seraya memutar ke sebelah kanannya."

Abu Isa berkata; "Dalam bab ini juga ada riwayat dari Anas." Abu Isa (Imam Tirmizi) berkata; "Hadits Ibnu Abbas ini derajatnya hasan shahih. Hadits ini diamalkan oleh ahli ilmu dari kalangan sabahat-sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan orang-orang setelah mereka. Mereka berkata; "Jika seorang laki-laki shalat bersama imam hendaklah ia shalat di sisi kananya."
[Shahih, HR At-Tirmizi(232), Al-Bukhori(697,726), An-Nasai(442), Ibnu Khuzaimah(1533)]

Barangkali ada yang bertanya "adakah imam dan makmum (lelaki) berdiri dengan posisi yang sejajar (sebaris tepat)?? Jawapan : YA

Saya katakan secara ringkas ada 2 pendapat yang ketara dikalangan ulama :

1-Imam dan makmum berdiri dengan posisi sejajar (sebaris).
2-Disukai bagi makmum(lelaki) lebih kebelakang sedikit daripada imam.

Saya (-pen) lebih cenderung dengan pendapat pertama.



SEORANG WANITA YANG SHALAT BERSAMA SEORANG WANITA

Dalil shahih pada poin diatas adalah sama hukumnya bagi wanita dan seorang wanita. Yaitu makmum (wanita)  berdiri sejajar (sebaris) disebelah kanan imam (wanita).

▪ Cacatan penting :

Jika seorng wanita mengimami ramai makmum wanita (lebih dari 2,5,10+) , maka posisi imam (wanita) berdiri DITENGAH makmum (wanita) nya dan SEJAJAR (sebaris) dengan makmumnya tanpa maju kehadapan.

Inilah pendapat yang terkenal dikalangan ahli fiqih tanpa ada bantahan yang kuat. Imam SEJAJAR dan berada DITENGAH  makmum berdasarkan perbuatan beberapa sahabat wanita seperti Aisyah rah dan Ummu Salamah rah ketika mengimami jamaah wanita.

Berdasarkan hadis Shahih dengan penguat-penguatnya. HR Abdur-Razzaq(3/141), Ad-Daruqutni(1/404), dan Al-Baihaqi(2/131)



SUAMI YANG SHALAT BERSAMA ISTERI

Isteri berdiri pada posisi di belakang suami adalah sunnah (ketetapan) bagi wanita dan keutamaan terbaik saff wanita dibelakang lelaki ketika shalat berjemaah  berdasarkan riwayat umum :

Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Rosulullah saw bersabda, "...........dan sebaik-baik saff wanita adalah akhirnya...."
[Shahih, HR Muslim(440), Abu Daud(678), At-Tirmizi(224), Ibnu Majah(1000)]

"Wanita seorang diri dianggap satu saff"
[Demikian Imam Bukhori meletak tajuk bab dalam Shahih Bukhori (10/78)]

Dari Anas bin Malik, dia berkata "aku (Anas) bersama anak yatim shalat di belakang Nabi saw di rumah kami, sedangkan Ibuku (Ummu Sulaim) dibelakang kami."
[Shahih, HR Al-Bukhori(727)]

Syaikh Al-Islam Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, "sesungguhnya judul bab ini (bab 78) adalah lafaz hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr dari hadis Aisyah secara marfu "wanita seorng diri dianggap satu saff"
[Al-Fath (10/78/727) dan saya (-pen) tidak menemui adanya kritikan beliau keatas riwayat Ibnu Abdul Barr.]

▪ Catatan penting yang digariskan oleh Ulama Ahli Fiqih:

Tidak dibolehkan seseorang lelaki shalat mengimami seorang wanita bukan mahramnya secara berduaan sahaja.

Larangan ini sangat tegas berdasarkan beberapa hujah tanpa adanya pertentangan dari sisi lain.

___________________

Kesimpulan :

Soalan : Dimanakah Posisi isteri ketika menjadi makmum suami (tanpa kehadiran makmum ke2+)?

Jawapan : Sunnah (ketetapan) bagi isteri berdiri  TEPAT DIBELAKANG suami (lihat penjelasan ringkas diatas).

Soalan : Bagaimana jika ruangan shalat sempit?

Jawapan: Isteri boleh berdiri DISEBELAH KIRI BELAKANG (tidak sejajar baris)suami.

Soalan: Kenapa tidak di sebelah kanan sahaja?

Maka saya (-pen) katakan :

posisi kanan dianggap satu saff antara imam lelaki dan makmum lelaki (sebagaimana pembahasan Fiqih berkaitan lelaki shalat sendiri dibelakang saff). Maka tidak boleh wanita berada diposisi kanan imam kerana saff lelaki tidak boleh tercampur wanita.
Wallahu 'Alam.

Foto panduan shalat berjemaah sila klik disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan