Jumaat, 27 Mei 2016

SIAPA SURUH KENDURI TAHLILAN ARWAH? SIAPA SURUH SEDEKAHKAN PAHALA BACAAN ALQURAN KEPADA ARWAH? SIAPA SURUH SEDEKAHKAN ALFATIHAH KEPADA ARWAH? ADAKAH NABI SURUH? ADAKAH SAHABAT BUAT? ADAKAH IMAM SYAFIE SURUH BUAT?


AL-FATIHAH A'LA RUHI FULAN / FULANAH (bacaan surah Al-Fatihah untuk roh sifulan/fulanah) ...kita bermazhab Syafie, kita kena baca Al Fatihah kepada orang meninggal, menghadiah pahala, dan kenduri tahlilan 3 hari,-7-40-100 hari, 1 tahun..bla bla bla, menghadiahkan pahala, roh tenteram, roh kembali kerumah, roh itu dan ini

__________

Saya (Asy-Syarqowi) selalu mendengar dan mendapati slogan diatas.
Pembahasan semua ini sangt luas. Dan saya (Asy-Syarqowi) hanya menyatakan yang rojih dari penilaian saya. Dan tidak memanjangkan artical ini agar para pembaca tidak serabut. Barangsiapa yang tidak menyetujui penilaian menyeluruh saya. Maka silakan nasihati saya dan sila perbetulkan catatan saya dibawah ini.. Semoga Allah memberikan kita petunjuk yang benar, berdasarkan Ajaran Islam yang telah selesai disampaikan oleh Pesuruh Allah iaitu Muhammad Saw. aamiin


JADIKANLAH NABI SAW SEBAGAI SURI TELADAN KITA DALAM SEGALA HAL TERUTAMANYA DALAM IBADAH

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi mu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan baik) hari kiamat, dan dia banyak menyebut Allah(ketika susah mahupun senang)"
[ QS Al-Ahzab : 21 ]


AMALAN BID'AH DALAM IBADAH (baru/sesat) BATAL/TIDAK SAH

Aisyah r.a.h  berkata, "Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa beramal dengan amalan yang bukan dari suruh kami, maka ianya tertolak."
[ shahih...HR Muslim (1718). Hadith yang sama maksud dalam Sohih Al-Bukhari (2550), Sunan Abi Daud (No.4606), Sunan Ibnu Majah (14), Musnad Ahmad bin
Hanbal (25511) ]


PRINSIP DASAR DIDALAM IBADAH ITU ADALAH TAWAQQUF (diam) SAMPAI TERDAPAT DALIL YANG MENUNJUKKAN PERSYARIATANNYA DARI ALLAH DAN ROSUL

Imam Syafie berkata :
"Disampaikan (pahala) kepada orang yang meninggal dari tiga amalan orang lain, yaitu haji yang dilaksakan untuknya, harta yang disedekahkan untuknya atau yang dilunasi untuknya, dan doa. Adapun selain itu termasuk shalat atau puasa, hanyalah milik pelaku(yang hidup) dan tidak sampai kepada orang yang meninggal"
[lihat dan baca Fatwa Imam Syafie dengan lebih panjang dalam kitab Al-umm dan Kitab Manaqib Asy-syafie (1/430-431)]

Fatwa sang Imam diperkuat dengan Dalil :
• Haji
[dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan Al-Bukhori ]

• Harta yang disedekah atau di lunasi untuk simati
[dari Aisyah yang diriwayatkan Al-Bukhori , dari Abu Qatadah yang diriwayatkan Al-Hakim sanadnya shahih]

• Doa kan
[hadis yang diriwayatkan Muslim]

• Tidak boleh Shalat(qada/hadiah) dan puasa(qada/hadiah) untuk simati
[dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan Ath-Thahawi sanadnya shahih]

Sedekah jariah sepeninggalnya(simati) yang masih diguna, doa anak sholeh, ilmu bermanfaat sepeninggalannya. Maka pahala sampai kepada simayyit. Hal ini berdasarkan dalil :

Hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :
"Apabila anak Adam meninggal, terputuslah amalan kecuali 3 hal, sedekah jariyah, anak sholeh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanfaat sepeninggalannya"
[shahih...HR Muslim (3/1255)]


PENDAPAT POPULER DIKALANGAN ULAMA

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, Al-Majmu' An-Nawawi ,kitab fiqh Abu Malik (dll...) menyatakan:

"Pahala akan sampai dan bermanfaat untuk simati, berdasarkan apa yang sudah dijelaskan oleh Nabi saw (dalam hadis shahih)..inilah pendapat paling populer yang digaris kan oleh Imam Malik dan Imam Syafie dan ulama lain yang menyetujui mereka....tidak disyariatkan menghadiahkan pahala tanpa berdasarkan petunjuk dari Nabi saw (hadis shahih).....pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada simati."

__________

Penilaian secara keseluruhan :

• Hadis yang menganjurkan untuk membaca dan sedekahkan pahala Al-quran kepada simati, adalah tidak terlepas dari hal ini :
- hadis palsu
- hadis dhoif jiddan
- hadis syaz
- hadis shahih, namun petikan diluar konteks.
- dll...

• Hadis "bacalah yaasin kpda orang yang meninggal" . status Dhoif jiddan, sebahagian berstatus PALSU
[direkodkan AbuDaud, Nasai, AlBaihaqi, dll..]

• Hadis "bacalah/sedekahkan Alfatihah kepada roh fulan-fulanah". Status hadis PALSU, tidak mempunyai riwayat dalam mana-mana kitab hadis.

• Tidak ada riwayat shahih, bahawa Nabi saw membacakan Al-Fatihah kepada Khadijah,, kenduri arwah 3-7-100 hari dll

• Tidak ada riwayat shahih, bahawa Nabi saw sedekahkan Al-Fatihah atau menyuruh sahabat  sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat yang tewas dalam jihad.

• Tidak ada riwayat shahih, bahawa para sahabt membacakan Al-Fatihah ketika Kewafatan Nabi, kenduri kewafatan Nabi saw

• Nabi saw tidak pernah mensyariatkan kepada umatnya untuk bersedekah pahala kepada simati.

• Imam Syafie tidak menyuruh sedekahkan Al-Fatihah atau kenduri arwah 3-7-40-100 hari dll....

• Apabila seseorang meninggal, maka berdoalah kepada Allah untuk kebaikan simati. Dalam Sunnah (hadis) yang shahih, banyak jenis doa yang kita boleh baca, antaranya :


MENDOAKAN JENAZAH LELAKI (DEWASA)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Yaa Allah, ampunilah dia(mayat lelaki), berikanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia(dari siksa kubur), maafkn lah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia(syurga), luaskan lah kuburannya, mandikanlah dia dengan air salju, dan air ais(air yg sejuk), bersihkan lah dia dari segala kesalahan, sebagaimna Engkau membersihkan baju yg putih dari kekotoran, berikan lah rumah yang lebih baik dari rumahnya(didunia), berikan lah keluarga yang lebih baik dari keluarganya(di dunia),isteri yang lebih baik dari isterinya, dan masukkan lah dia kedalam syurga, lindungilah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.
[ HR Muslim 963, Ibnu Majah 1500, dari Auf bin Malik ra ]


DOA SINGKAT, MENDOAKAN JENAZAH LELAKI (DEWASA)

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa a'fihi wa'fu a'nhu
"yaa Allah, ampuni lah dia, rahmatilah dia, selamatkan lah dia, maafkanlah dia"


MENDOAKAN JENAZAH ANAK KECIL (LELAKI)

اللهم أعذه من عذاب القبر
Allahumma aa'idzhu min a'dzabil qobr
"Yaa Allah, lindungilah dia dari siksa kubur"
[ HR Malik dalam Al-Muwattha 1/198 no 18, Ibnu Abi Syaibah, Al-baihaqi..Syua'ib Al-Arnauth menyatakan dalam tahqiq nya terhadapn Kitab Syarhus Sunnah, karya Al-Baghawi 5/357, bahawa isnad hadis diatas ialah Shahih ]

Catatan :

• Doa boleh dari pelbagai jenis, asalkan perkataan yang baik.
• Doa doa ini boleh di baca didalam mahupun diluar shalat(jenazah)
• Dhomir bagi jenazah wanita(dewasa/kecil) ialah ها

Tiada ulasan:

Catat Ulasan