Isnin, 30 Mei 2016

ASAL-USUL

Muqaddimah Malik Asy-Syarqowi :

Bismillahirrohmaanirrohim. Tidak ada tuhan selain Allah, dan Dzat yang menciptakan alam semesta, pemilik dan pentadbir alam semesta. Selawat dan salam keatas junjungan Muhammad s.a.w. seluruh keluarga, dan seluruh  sahabat Baginda s.a.w  serta semoga Allah merahmati Salafush-Sholeh dan orang-orang yang berbaris (jamaah) dan mengikuti jejak langkah mereka, Aamiin.

Dizaman Kenabian Isa a.s.
IBLIS melalui YAHUDI KAFIR mencipta senjata "musuh dalam selimut" untuk menyeleweng AGAMA TAUHID  yang dibawa oleh Nabi Isa as. Zaman yang  berzaman senjata YAHUDI KAFIR tersebut dikenali sebagai KRISTEN dan dianuti oleh orang-orang jahil.

Nabi Muhammad S.A.W  diutus untuk memurnikan semula AGAMA TAUHID.

IBLIS melalui YAHUDI KAFIR mencipta senjata "musuh dalam selimut" untuk menyeleweng AGAMA TAUHID. Dan sangat cepat senjata itu, ia  dikenali sebagai SYIAH. Dan di anuti oleh orang-orang jahil. Demikian sejarah kemunculan Syiah.

•  Dan antara pecahan terawal dalam agama Islam juga ialah puak Khawarij. Sejarah Khawarij, Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi.
Untuk mengenali lebih lanjut WAHBI(Abdullah khawarij) dan Rustumiyyah, sila baca Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhori(88/6-9) dan(92/1-28) dari Ibnu Hajar. Sila hadam baik-baik pembahasan besar ini.

Kebenaran AGAMA TAUHID sentiasa dipertahankan sejak dari zaman sahabat ra , kemudian diikuti oleh barisan AHLI ILMU pada 3 abad terawal.

Diantara SYIAH terjadi perbezaan pendapat berkaitan status Ali ra. Sebahagian mereka mengatakan status Ali ra ialah tuhan, ada yang mengatakan sebagai nabi, ada pula yang mengatakan sebagai wali melebihi keutamaan 3 khulafarrasyidin awal dan ada lagi yang berkata selainnya. Sehinga berpecah - pecah  firqah ini dengan tertubuhnya pemahaman Tasawwuf Sufi yang dianuti oleh orang-orang jahil dalam bidang AGAMA TAUHID. Dan sungguh ajaran tasawwuf sufi ini bukanlah asal usul dari Nabi saw mahupun salafusholeh.

Lagi.
Oleh kerana mereka masing-masing ingin berhujah dengan perkara yang jelas salah (tanpa berbalik kpd Alquran & Assunnah). Maka,
Firqah Tasawwuf sufi semakin berpecah -pecah  menjadi beberapa toreqat(jalan). Dan yang menganutinya pula tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kelompok yang jahil dalam pemahaman AGAMA TAUHID.

Zaman Muhammad saw tidak pernah sunyi dengan kehadiran AHLI ILMU untuk menegakkan AGAMA TAUHID.

Di abad ini, Firqah Dholalah mulai menyerang setiap AHLI ILMU, antara yang mereka serang, ialah ulama yang paling mereka takuti kewibawaannya dan  keilmuannya iaitu Ibnu Taimiyyah. Mereka menuduh Ibnu Taimiyyah sebagai Khawarij...manakala orang jahil yang lain  mengikut langkah Fiqah Dholalah untuk mengutuk Ibnu Taimiyyah.

Firqah Dholalah yang gemar untuk berdusta, atau pura-pura bodoh, atau memang bodoh. Tuduhan dari mereka sentiasa ditepis oleh AHLI ILMU dari generasi ke generasi.

Firqah Dholalah berusaha untuk  menjatuhkan Ibnu Taimiyyah. Namun Segala tuduhan dan fitnah mereka keatas Ibnu Taimiyyah, sentiasa dibongkarkan oleh AHLI ILMU.

Pembelaan dan pengakuan Syaikh Al Islam Al Hafiz Ibnu Hajar Ashqalanie, Al Hafiz Imam Suyyuti, dll ulama keatas Ibnu Taimiyyah. Harumnya nama Ibnu Taimiyyah dikalangan ahli ilmu selepas beliau dan terlepasnya beliau dari setiap tuduhan keji fitnah dari musuh-musuh beliau.

Maka sudah diketahui bahawa Ibnu Taimiyyah ialah ulama sunnah yang sebaris dengan mereka Ibnu Hajar dll......

Namun Firqah Dholalah belum berputus asa untuk menjatuhkan dan menyeleweng AGAMA TAUHID. Firqah Dholalah mulai menyerang ulama yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab, konon sebagai pendiri WAHHABI SESAT dan menuduhnya sebagai khawarij.

Subhanallah. Sungguh orang jahil mengikuti langkah Firqah Dholalah ini belum mendalami kitab-kitab At-Tarikh, jika sudah, maka mereka akan menemui WAHBI Rustumiyyah dari pecahan firqah WAHBI (Abdullah khawarij yang bertempur dengan Saidina Ali).

Sesungguhnya, WAHBI(tidak ada huruf "A" / "alif" ) SESAT sudah wujud sejak ratusan tahun lalu sebelum kelahiran Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Namun Firqah Dholalah mengambil peluang untuk menyematkan gelaran WAHHABI( tertambahnya huruf "A" /"alif" ).

Subhanallah, sangat pantas Firqah Dholalah ini memanipulasikan keadaan. Namun, Alhamdulillah kerana AHLI ILMU sentiasa menepis manipulasi ini, antaranya  ialah Syaikh Bin Baz dll...

Segala tuduhan batil kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab sentiasa ditepis oleh para AHLI ILMU disetiap ceramah, atau melalui penulisan.

Firqah Dholalah akan melabelkan AHLI ILMU  dengan gelaran "wahhabi" hanya kerana  AHLI ILMU menolak pemahaman rosak mereka yang selalu berbuat syirik dan bid'ah. Sesungguhnya, Mazhab Ahmad, Syafie, Malik dan  Hanafi juga memerangi kesyirikan, bid'ah ..Adakah ulama besar juga ialah wahhabi? Adakah ulama Jawi juga wahhabi?? kerana mereka juga menolak pemhama kalian.

Penutup :

Firqah Dholalah disertai pengikut-pengikut jahil nya sentiasa berusaha keras untuk membangkitkan slogan "wahhabi" kepada Ahli Ilmu demi menjatuhkan hujah Ahli Ilmu.

Hal PENTING yang perlu diingati ialah:

(1) Janganlah kalian wahai Firqah Dholalah menghentam Ibnu Taimiyyah sambil kalian mengaku-ngaku sebagai mazhab Syafie, sesungguhnya pengakuan kalian itu akan memburukkan nama Jumhur ulama mazhab Sunni,  Ibnu Hajar, Suyyuti, Ibnu Katsir dan  dll.

(2 ) Jika kalian beraliran Tasawwuf Sufi, janganlah kalian mengaku-ngaku sebagai Mazhab Syafie, padahal Jumhur ulama seluruh Mazhab Sunni memerangi pemahaman Tasawwuf.

(3) Jangan lah kalian menghentam kami hanya kerana kami menolak pemahamn sesat,syirik dan bid'ah yang kalian lakukan. Jika kalian menghentam kami, bermakna kalian juga menghentam Jumhur Ulama Seluruh Mazhab Sunni.

(4) Janganlah kalian  melabelkan kami sebagai wahbi khawarij selagi kalian belum mendalami 1001 rujukan diatas. Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu apa yang kami tidak miliki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan