Selasa, 31 Mei 2016

DOA MALAIKAT JIBRIL MENJELANG RAMADHAN ?

Soalan :
Doa Jibrail menjelang ramadhan:-
"Ya Allah, abaikan puasa umat Muhammad jika sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
1.Tidak minta maaf kepada kedua orang tua.
2.Tidak bermaafan dengan sahabat sahabatnya.
3.Tidak bermaafan dengan orang sekitarnya." maka, Rasullullah pun mengaminkannya sebanyak 3kali.
...Sahih kaa prkara d atas ?

Jawapan : Hadis diatas palsu, matan hadis diubah dari asalnya. Berseberangan orang yang sengaja mengubah matan hadis itu. Subhanallah. Yang benar adalah hadis dibawah ini.

HADIS - SHAHIH

Hadis dari Abu Hurairah, Rosulullah saw bersabda, ‘Baru saja Jibril berkata kepadaku, ‘Allah melaknat seorang hamba yang melewati Ramadan tanpa mendapatkan ampunan,’ maka kukatakan, ‘ Amin. ’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun itu tidak membuatnya masuk Jannah (karena tidak berbakti kepada mereka berdua), ’ maka aku berkata, ‘ Amin.’ Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang tidak bersalawat ketika disebut namamu,’ maka kukatakan, ‘Amin. ””

Referensi :
[Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Mundziri dalam At-Targhib wa At-Tarhib, 2:114, 2:406, 2:407, dan 3:295; juga oleh Adz-Dzahabi dalam Al-Madzhab, 4:1682. Dinilai hasan oleh Al-Haitsami dalam Majma’ Az-Zawaid, 8:142; juga oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Al-Qaulul Badi‘, no. 212; juga oleh Al-Albani di Shahih At-Targhib, no. 1679.]
________________

HADIS - SHAHIH

Hadis dari Kaab Bin Ujrah ra, Rosulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak
menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Referensi :
[Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]
___________________

Kesimpulan :
Silakan kalian bandingkan riwayat yang palsu, dan riwayat yang shahih yang saya kemukakan. Maka kalian akan mendapati 2 perkara :

1• Hadis palsu mengertikan "sebelum ramadhan, perlu bermaaf-maafan kepada ibu bapa, sahabat, dan sekitar, jika tidak bermaafan SEBELUM RAMADHAN, maka puasa tidak sah"

Komentar saya : Tidak pernah ada dalam pembahasan islam mengkhususkan permohonan maaf pada sebelum ramadhan. Islam mendidik kita untuk bermohon maaf SETIAP HARI jika terbuat kesalahan.

2• Hadis shahih (yang saya kemukakan diatas) mengertikan 3 perkara :

• "rugilah orang jika tidak mendapat keampunan SELEPAS RAMADHAN." Diantara sebab-sebab orang tidak mendapat keampunan selepas ramadhan, adalah dikeranakan orang tersebut tidak melaksanakan ibadah puasa.

• "berbuat baik kepada ibu dan bapa selagi mereka hidup"

• "berselawat keatas Nabi saw" ketika mendengar atau membaca nama beliau, agar Allah tidak melaknat kita.

Semoga Allah menambahkan ilmu pemahaman kepada kita dalam beragama, Aamiin.

Isnin, 30 Mei 2016

ASAL-USUL

Muqaddimah Malik Asy-Syarqowi :

Bismillahirrohmaanirrohim. Tidak ada tuhan selain Allah, dan Dzat yang menciptakan alam semesta, pemilik dan pentadbir alam semesta. Selawat dan salam keatas junjungan Muhammad s.a.w. seluruh keluarga, dan seluruh  sahabat Baginda s.a.w  serta semoga Allah merahmati Salafush-Sholeh dan orang-orang yang berbaris (jamaah) dan mengikuti jejak langkah mereka, Aamiin.

Dizaman Kenabian Isa a.s.
IBLIS melalui YAHUDI KAFIR mencipta senjata "musuh dalam selimut" untuk menyeleweng AGAMA TAUHID  yang dibawa oleh Nabi Isa as. Zaman yang  berzaman senjata YAHUDI KAFIR tersebut dikenali sebagai KRISTEN dan dianuti oleh orang-orang jahil.

Nabi Muhammad S.A.W  diutus untuk memurnikan semula AGAMA TAUHID.

IBLIS melalui YAHUDI KAFIR mencipta senjata "musuh dalam selimut" untuk menyeleweng AGAMA TAUHID. Dan sangat cepat senjata itu, ia  dikenali sebagai SYIAH. Dan di anuti oleh orang-orang jahil. Demikian sejarah kemunculan Syiah.

•  Dan antara pecahan terawal dalam agama Islam juga ialah puak Khawarij. Sejarah Khawarij, Abdullah bin Wahbi Ar-Rasibi.
Untuk mengenali lebih lanjut WAHBI(Abdullah khawarij) dan Rustumiyyah, sila baca Fathul Baari Bisyarh Shahih Bukhori(88/6-9) dan(92/1-28) dari Ibnu Hajar. Sila hadam baik-baik pembahasan besar ini.

Kebenaran AGAMA TAUHID sentiasa dipertahankan sejak dari zaman sahabat ra , kemudian diikuti oleh barisan AHLI ILMU pada 3 abad terawal.

Diantara SYIAH terjadi perbezaan pendapat berkaitan status Ali ra. Sebahagian mereka mengatakan status Ali ra ialah tuhan, ada yang mengatakan sebagai nabi, ada pula yang mengatakan sebagai wali melebihi keutamaan 3 khulafarrasyidin awal dan ada lagi yang berkata selainnya. Sehinga berpecah - pecah  firqah ini dengan tertubuhnya pemahaman Tasawwuf Sufi yang dianuti oleh orang-orang jahil dalam bidang AGAMA TAUHID. Dan sungguh ajaran tasawwuf sufi ini bukanlah asal usul dari Nabi saw mahupun salafusholeh.

Lagi.
Oleh kerana mereka masing-masing ingin berhujah dengan perkara yang jelas salah (tanpa berbalik kpd Alquran & Assunnah). Maka,
Firqah Tasawwuf sufi semakin berpecah -pecah  menjadi beberapa toreqat(jalan). Dan yang menganutinya pula tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kelompok yang jahil dalam pemahaman AGAMA TAUHID.

Zaman Muhammad saw tidak pernah sunyi dengan kehadiran AHLI ILMU untuk menegakkan AGAMA TAUHID.

Di abad ini, Firqah Dholalah mulai menyerang setiap AHLI ILMU, antara yang mereka serang, ialah ulama yang paling mereka takuti kewibawaannya dan  keilmuannya iaitu Ibnu Taimiyyah. Mereka menuduh Ibnu Taimiyyah sebagai Khawarij...manakala orang jahil yang lain  mengikut langkah Fiqah Dholalah untuk mengutuk Ibnu Taimiyyah.

Firqah Dholalah yang gemar untuk berdusta, atau pura-pura bodoh, atau memang bodoh. Tuduhan dari mereka sentiasa ditepis oleh AHLI ILMU dari generasi ke generasi.

Firqah Dholalah berusaha untuk  menjatuhkan Ibnu Taimiyyah. Namun Segala tuduhan dan fitnah mereka keatas Ibnu Taimiyyah, sentiasa dibongkarkan oleh AHLI ILMU.

Pembelaan dan pengakuan Syaikh Al Islam Al Hafiz Ibnu Hajar Ashqalanie, Al Hafiz Imam Suyyuti, dll ulama keatas Ibnu Taimiyyah. Harumnya nama Ibnu Taimiyyah dikalangan ahli ilmu selepas beliau dan terlepasnya beliau dari setiap tuduhan keji fitnah dari musuh-musuh beliau.

Maka sudah diketahui bahawa Ibnu Taimiyyah ialah ulama sunnah yang sebaris dengan mereka Ibnu Hajar dll......

Namun Firqah Dholalah belum berputus asa untuk menjatuhkan dan menyeleweng AGAMA TAUHID. Firqah Dholalah mulai menyerang ulama yang bernama Muhammad bin Abdul Wahhab, konon sebagai pendiri WAHHABI SESAT dan menuduhnya sebagai khawarij.

Subhanallah. Sungguh orang jahil mengikuti langkah Firqah Dholalah ini belum mendalami kitab-kitab At-Tarikh, jika sudah, maka mereka akan menemui WAHBI Rustumiyyah dari pecahan firqah WAHBI (Abdullah khawarij yang bertempur dengan Saidina Ali).

Sesungguhnya, WAHBI(tidak ada huruf "A" / "alif" ) SESAT sudah wujud sejak ratusan tahun lalu sebelum kelahiran Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Namun Firqah Dholalah mengambil peluang untuk menyematkan gelaran WAHHABI( tertambahnya huruf "A" /"alif" ).

Subhanallah, sangat pantas Firqah Dholalah ini memanipulasikan keadaan. Namun, Alhamdulillah kerana AHLI ILMU sentiasa menepis manipulasi ini, antaranya  ialah Syaikh Bin Baz dll...

Segala tuduhan batil kepada Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab sentiasa ditepis oleh para AHLI ILMU disetiap ceramah, atau melalui penulisan.

Firqah Dholalah akan melabelkan AHLI ILMU  dengan gelaran "wahhabi" hanya kerana  AHLI ILMU menolak pemahaman rosak mereka yang selalu berbuat syirik dan bid'ah. Sesungguhnya, Mazhab Ahmad, Syafie, Malik dan  Hanafi juga memerangi kesyirikan, bid'ah ..Adakah ulama besar juga ialah wahhabi? Adakah ulama Jawi juga wahhabi?? kerana mereka juga menolak pemhama kalian.

Penutup :

Firqah Dholalah disertai pengikut-pengikut jahil nya sentiasa berusaha keras untuk membangkitkan slogan "wahhabi" kepada Ahli Ilmu demi menjatuhkan hujah Ahli Ilmu.

Hal PENTING yang perlu diingati ialah:

(1) Janganlah kalian wahai Firqah Dholalah menghentam Ibnu Taimiyyah sambil kalian mengaku-ngaku sebagai mazhab Syafie, sesungguhnya pengakuan kalian itu akan memburukkan nama Jumhur ulama mazhab Sunni,  Ibnu Hajar, Suyyuti, Ibnu Katsir dan  dll.

(2 ) Jika kalian beraliran Tasawwuf Sufi, janganlah kalian mengaku-ngaku sebagai Mazhab Syafie, padahal Jumhur ulama seluruh Mazhab Sunni memerangi pemahaman Tasawwuf.

(3) Jangan lah kalian menghentam kami hanya kerana kami menolak pemahamn sesat,syirik dan bid'ah yang kalian lakukan. Jika kalian menghentam kami, bermakna kalian juga menghentam Jumhur Ulama Seluruh Mazhab Sunni.

(4) Janganlah kalian  melabelkan kami sebagai wahbi khawarij selagi kalian belum mendalami 1001 rujukan diatas. Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu apa yang kami tidak miliki

Sabtu, 28 Mei 2016

(I'TISHOM ALQURAN & ASSUNNAH) SIFAT TATACARA WUDHU.

PENGERTIAN WUDHU

Wudhu bahasa Arab diambil dari kata Al-Wadha'ah bermaksud kebersihan dan kecerahan. Kata Wudhu adalah perbuatan dan Wadhu adalah air yang digunakan ketika berwudhu.[1]

Secara Istilah adalah menggunakan air pada tempat-tempat tertentu (wajah, kedua tangan, kepala, dan kedua kaki) untuk menghilangkan sesuatu yang menghalangi shalat.[2]

Dalil-dalil disyariatkan berwudhu berasal dari Al-Quran, As-Sunnah, dan Ijma.

a) Dalil dari Al-Quran.

Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah wajah mu, dan tangan mu sampai siku dan sapulah kepala mu dan (basuhlah) kaki mu sampai dengan kedua mata kaki." (QS Al-Maidah : 6)

b) Dalil dari Sunnah

Hadis Abu Hurairah, dia berkata, Rosulullah saw bersabda, "Shalat salah seorang diantara kalian tidak akan diterima apabila dia berhadas, sehingga dia berwudhu."[3]

Dari Abu Said bahawa Nabi saw bersabda, "Kunci shalat adalah bersuci, permulaannya takbir, dan diakhiri dengan salam."[4]

c) Adapun dari Ijma.

"Para Ulama telah bersepakat bahawa shalat tidak akan diterima kecuali dengan bersuci."[5]


SYARAT SAHNYA WUDHU.[6] : Niat

Niat merupakan syarat, niat adalah keinginan hati untuk melakukan perbuatan dalam rangka melaksanakan perintah Allah swt dan Rosul-Nya saw.

Rosulullah saw bersabda, "sesungguhnya perbuatan tergantung pada niat, dan setiap orang mendapatkan sesuai niatnya."[7]

Syaikh Al Islam berkata[8], "niat tempatnya didalam hati, bukan di lisan sesuai kesepakatan ulama pada seluruh macam-macam ibadah : bersuci, shalat, zakat, puasa, haji, memerdekakan budak, jihad, dan lain sebagainya.

Tidak disyariatkan untuk melafaz niat (dilisan-pen) dan tidak diulang-ulang, dan orang yang menyelisihinya harus diberi hukuman setelah diberi penjelasan mengenai larangan mengeraskan suara saat berniat, terlebih jika dia mengulang-ngulang. Orang yang mengeraskan niat berarti telah berlaku buruk, jika meyakini bahawa hal itu dari ajaran agama agar mengeraskan niat saat beribadah kepada Allah berarti dia telah melakukan bid'ah, kerana Nabi Saw dan para sahabat tidak pernah mengeraskan niat sama sekali, dan tidak pernah ada keterangan (hadis-pen) dari mereka. Seandainya hal ini disyariatkan, nescaya Allah akan menjelaskan hal ini melalui lisan (hadis-pen) Nabi-Nya, juga kita tidak perlu mengeraskan suara dalam niat kerana Allah Maha Mengetahui.[9]


SIFAT TATACARA WUDHU.[10]: Wajah, tangan hingga siku, kepala, kaki hingga kedua mata kaki. Tertib.

Bersiwak, hukumnya sunnah sebelum wudhu dan ketika hendak shalat. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw  bersabda, "sekiranya aku tidak khawatir memberatkan umatku, sungguh aku akan memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap berwudhu." [11]

Sunnah memulai dengan bismillah. Demikian pendapat yang rojih dikalangan Ulama. Antaranya Imam Al Bukhori (kitab 4 bab 8), dan pendapat ini juga di kuatkan oleh Syaikh Al Faqih Abu Malik dalam kitab beliau.

1- WAJAH

Wajah adalah anggota badan yang digunakan untuk berhadapan. Batasan dari hujung dahi (dari tempat tumbuhnya rambut sesuai kebiasaan) sampai kebawah janggut dan dagu, dan mulai dari satu telinga sampai telinga yang satu lagi.

Membasuh wajah adalah salah satu rukun wudhu, yang tidak akan sah jika tidak dikerjakan, Firman Allah swt, "Hai orang-orang beriman, jika kamu hendak melakukan shalat maka basuhlah wajah mu." (QS Al-Maidah : 6) dan terdapat keterangan yang jelas dalam sifat wudhu Nabi saw tentang membasuh wajah, juga merupakan Ijma Ulama.

Wajib berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung sebanyak 1 kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Dan tidak boleh menambahkannya lagi.[12]

• Al Madhmadhah : Membasuh mulut dan berkumur.
• Al Istinsyaq : Memasukkan air kedalam hidung, dan menghirupnya sehingga kedalam hujung hidung (semampu diri-pen).
• Al Instinsyar :Mengeluarkan air dari hidung setelah melakukan Istinsyaq.

Hal diatas wajib dilakukan ketika wudhu menurut pendapat yang paling rojih (kuat). Kerana dalam mulut, dalam hidung, dagu, dahi, semua itu mengandung erti wajah dalam bahasa Arab.[13]

Allah secara tegas memerintahkan untuk membasuh wajah, lalu Nabi saw menafsirkan dengan perbuatan dan ajarannya (iaitu Sunnah (ketetapan) Baginda saw), beliau berkumur dan dan Istinsyaq setiap kali beliau berwudhu, dan tidak pernah ada keterangan bahawa beliau tidak pernah melakukannya, jika perbuatan Nabi saw mengandung suatu perintah untuk mengikuti, maka itu bermakna hukumnya wajib.[14]

Nabi saw bersabda, "apabila salah seorang dari kalian berwudhu maka hendaklah ia beristinsyaq."[15] "apabila salah seorang dari kalian berwudhu, maka masukkanlah air kedalam hidung dan mengeluarkannya."[16]

Faedah. [17] :

Para Ulama berbeza pendapat dalam masalah berkumur dan istinsyaq pada waktu mandi dan berwudhu, menjadi 4 pendapat :

1- Keduanya diwajibkan pada saat mandi sahaja, menurut Ats Tsauri, Abu Hanifah dan Ash Habur Ra'yi.

2- Keduanya diwajibkan pada waktu mandi dan wudhu, menurut Atha', Ibnu Juraij, Ibnu Mubarak, Ishaq, satu pendapat Imam Ahmad, dan yang masyhur pada mazhab Hambali.

3- Istinsyaq wajib ketika mandi dan wudhu, berkumur sunnah, menurut satu pendapat Ahmad, Abu Ubaid, Abu Tsur, satu kelompok ahli hadis dan dianut oleh Ibnu Mundzir.

4- Keduanya disunnahkan pada waktu mandi dan wudhu, pendapat Malik, Syafie, Al Laits, Al Auza'i dan Jamaah.

Saya (-pen) cenderung memilih antara pendapat ke-2 atau pendapat ke-3. Hal tersebut sangat mendekati kebenaran (dalil). Wallahu A'lam.
Segala pendapat diatas, sila lihat dalam kitab Iktikaf Al Ulama, Al Mawarzi (23-24), At Tamhid (4/34), Al Ausath (1/379), At Tahqiq Ibnu Jauzi (1/143), Al Muhalla (2/50)

Catatan dari saya (-pen) berkaitan istinsyaq : hal ini tidak boleh dilakukan berlebihan ketika berpuasa.

Membasuh janggut dan semua bulu wajah. Hal tersebut termasuk bahagian wajah, maka wajib membasuhnya juga. Dalam hal ini, pendapat Imam Syafie dan pendapat yang kuat dalam mazhab Ahmad Hambali.[18]

Wajib membasuh wajah sebanyak satu kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Maka kita akan mendapat pahala wajib dan pahala sunnah jika membasuh lebih dari satu kali. Nabi saw terkadang berwudhu 1 kali 1 kali, dan terkadang 2-3 kali basuhan. Hal ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhori (no 157-159).

2- MEMBASUH KEDUA TANGAN SAMPAI SIKU

Allah swt berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah wajah mu, dan tangan mu sampai siku." (QS Al-Maidah : 6)

Berdasarkan ini. Wajib mengikut sertakan siku pada saat membasuh tangan menurut Jumhur Ulama, selain Mazhab Maliki.[19]

Membasuh dan membersihkan sela-sela jari jemari. (Sila lihat catatan kaki no-29)

Wajib membasuh tangan sampai siku 1 kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Dan tidak boleh menambahnya lagi.[20]

3- SATU KALI CEDUKAN AIR KETIKA MENGUSAP KEPALA DAN LANGSUNG MEMBASUH KEDUA TELINGA. SATU KALI CEDUKAN AIR SAHAJA.

Firman Allah swt, ".... dan sapulah kepala mu.." (QS Al-Maidah :6)

Wajib menyapu seluruh kepala dari depan hingga belakang bagi lelaki, dan sebahagian kepala bagi wanita. Sebanyak satu kali cedukan air sahaja. Dan tidak boleh menambah bilangan cedukan air lebih dari satu kali ketika menyapu kepala. Demikian pendapat terkuat dikalangan ulama hadis antara nya Imam Al Bukhori, Imam Ibnu Khuzaimah, dll...dan pendapat terkuat dikalangan Jumhur Ulama dari kelompok ahli Hadis dan Fiqih.[21]

Hadis-hadis berkaitan mengusap kepala dengan cedukan 3 kali mengambil air, semua status hadis tidak ada yang Shahih.

Syaikh Al Islam Ibnu Hajar Asqalanie berkata dalam kitab beliau Fathul Baari (Kitab 4/42/192), :

"Dalil terkuat yang menunjukkan tidak adanya pengulangan dalam menyapu kepala adalah hadis masyhur yang dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari selainnya dari jalur periwayatan Abdullah Bin Amru bin Al Ash mengenai sifat wudhu Nabi saw, bahawa beliau bersabda setelah selesai berwudhu, "Barangsiapa yang menambahkan dari yang demikian ini, sungguh ia telah berlaku buruk lagi zalim."[22]

Syaikh Al Islam Ibnu Hajar menyambung perkataan beliau, " Sementara dalam riwayat Said bin Manshur terhadap hadis diatas terdapat ketegasan, bahawa beliau Saw menyapu kepala hanya satu kali, hal ini bermakna menyapu kepala lebih dari satu kali tidaklah disukai (makhruh). HAdis-hadis yang menyebutkan mengusap kepala 3 kali (kalau shahih) maka harus difahami bahawa maksudnya adalah untuk meratakan sapuan untuk seluruh kepala, bukan bermaksud usapan tersendiri (mengambil cedukan air lagi-pen) untuk seluruh kepala. Demikian kesimpulannya dengan mengumpulkan seluruh dalil-dalil yang ada."[23]

Mengusap kepala dengan kedua tangan, agar usapan merata diseluruh kepala dengan cara mengusap dimulai dari bahagian depan kepala kemudian menjalankan kedua tangan kebelakang kepala sampai ketengkuk, lalu mengembalikan lagi (tangan-pen) ketempat dimana ia mulai. Kemudian terus sambung mengusap telinga tanpa mengambil cedukan air lagi. Hal semua ini dilakukan satu kali cedukan air sahaja. Dan meratakan satu kali usapan sahaja.[24]

Faedah :
• Syaikh Al Faqih membolehkan mengambil cedukan air baru untuk telinga berdasarkan dalil dari riwayat Ibnu Umar.[25]

Catatan :
• Tidak disyariatkan mengusap leher ketika wudhu kerana tidak ada dalil sama sekali dari Nabi saw yang menjelaskan hal itu.[26]

4- MEMBASUH KEDUA KAKI HINGGA MATA KAKI (Buku lali).

Membasuh kaki adalah wajib menurut Jumhur Ulama, berdasarkan firman Allah, "dan kedua kakimu hingga mata kaki." (QS Al-Maidah : 6) dengan kedudukan nashab pada kata "arjulakum" menjadi athaf (mengikut) kepada yang sebelumnya.

Abdur Rahman bin Abu Laila mengatakan, "Para sahabat Nabi saw bersepakat untuk membasuh kedua kaki."[27]

Semua riwayat yang menceritakan wudhu Nabi saw menetapkan adanya membasuh kaki sampai mata kaki, diantaranya hadis Utsman yang pada lafaznya disebutkan, "...kemudian membasuh kedua kakinya hingga mata kaki sebanyak tiga kali.."[28] Dua mata kaki termasuk pada pembasuhan, kerana apabila sebuah batas termasuk dari jenis yang dibatasi, maka dia termasuk didalamnya.

Menyela jari jemari kaki berdasarkan hadis dari Abu Hasyim dari 'Ashim bin Laqith dari Ayahnya berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Apabila kamu wudhu, sempurnakan wudhumu dan bersihkan celah-celah jari-jemari."[29]

Wajib membasuh dengan air sebanyak satu kali, dan 2-3 kali hukumnya sunnah. Maka kita akan mendapat pahala wajib dan pahala sunnah jika membasuh lebih dari satu kali. Nabi saw terkadang berwudhu 1 kali 1 kali, dan terkadang 2-3 kali basuhan. Hal ini diriwayatkan dalam Shahih Bukhori (no 157-159).


DOA SELEPAS WUDHU

Nabi saw bersabda :

‘Tidaklah salah seorang di antara kalian berwudhu dan menyempurnakan wudhunya kemudian mengucapkan

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَ( أَشْهَدُ ) أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

"aku bersaksi tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan (aku bersaksi)  Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya "

melainkan pintu surga yang berjumlah lapan akan dibukakan untuknya. Dia masuk dari pintu manapun yang dia kehendaki."[30]

Sifat tatacara wudhu secara keseluruhan :

1- Niat (dalam hati)

2- Membaca Bismillah sambil membasuh tangan sebelum memulai.

3- Memasukkan air kedalam mulut serentak masukkan kedalam hidung, sebanyak 3 kali cedukan air.

4- Membasuh seluruh wajah, sebanyak 3 kali cedukan air.

5- Membasuh sela jari jemari, tangan kanan , hingga siku sebanyak 3 kali cedukan air, kemudian hal sama dilakukan membasuh sebelah kiri sebanyak 3 kali cedukan air.

6- Mengambil air kemudian usap kepala, bermula dari depan hingga kebelakang kepala, hingga tengkuk, kemudian mengembalikan tangan kehadapan semula, kemudian terus usap telinga (tanpa mengambil air lagi), hal ini dilakukan sebanyak 1 kali cedukan air sahaja.

7- Mengambil air kemudian membasuh kaki diiringi sela jari dan basuh hingga mata kaki sebanyak 3 kali cedukan air, kemudian hal sama dilakukan membasuh sebelah kiri sebanyak 3 kali cedukan air.

8- Doa selepas wudhu.


KEUTAMAAN WUDHU

Telah mengabarkan kepada kami Qutaibah dan Uthbah bin Abdullah dari Malik dari Zaid bin Aslam dari Atha' bin Yasar dari Abdullah As Shunabihi, bahwasannya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Apabila seorang hamba yang beriman berwudlu lalu ia berkumur-kumur, maka keluarlah kesalahan mulutnya (maksudnya kesalahan yang diperbuat oleh mulutnya). Bila dia menghirup air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya, maka keluarlah kesalahan dari hidungnya. Bila membasuh muka, keluarlah kesalahan dari mukanya hingga keluar dari kedua kelopak matanya. Jika ia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah kesalahannya dari kedua tangannya hingga keluar dari bawah kuku-kuku kedua tangannya. Apabila mengusap kepalanya, maka keluarlah kesalahannya dari kepalanya hingga keluar dari kedua telinganya, dan apabila membasuh kedua kakinya, maka keluarlah kesalahan dari kedua kakinya hingga dari bawah kedua kuku-kuku kedua kakinya. Kemudian berjalannya ke masjid menjadi ibadah sunnah baginya."[31]

Catatan :
• Sifat tatacara wudhu diatas sama hukumnya bagi lelaki dan wanita.

Semoga bermanfaat, semoga Allah menambahkan ilmu pemahaman kepada kita dalam beragama. Aamiin.

Pen : Malik Asy-Syarqowi
_________
Rujukan :

[1] Al Qamus (1/33), Mukhtashar Ash Shahah (575), Al Majmu (1/355).

[2] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Wudhu.

[3] Shahih, HR Al Bukhori (135), Muslim (225), dll..

[4] Hasan Lighoirih,HR At Tirmizi (3), Abu Daud (60), Ibnu Majah (275), dianggap Shahih oleh Syaikh Albani dalam kitab Shahih Jami' (5761).

[5] Al Ausath karya Ibnu Mundzir (1/107).

[6] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Wudhu.

[7] Shahih, HR Al Bukhori (1), Muslim (1907).

[8] Majmu Ar Rasail Al Kubro (1/243).

[9] Zad Al Ma'ad (1/196), Ighasah Al Lahafan (1/134), Bada'i Al Fawaid (3/186), Al Furu (1/111), Syarh Al Mumti (1/159).

[10] Shahih Fiqih Sunnah, Kitab Wudhu. Hal ini saya (-pen) menggabungkan segala pembahasan Rukun, Wajib, dan Sunnah.

[11] Shahih, HR Muslim (252).

[12] Shahih, HR Muslim (235), At Tirmizi (28), Ibnu Majah (405). Dan lihat catatan kaki ke-20

[13] Ibid, Kitab Wudhu, Nail Al Authar (1/174), Ahkam Al Quran (2/563).

[14] Syarh Al Umdah Ibnu Taimiyyah (1/178), At Tamhid Ibnu Abdul Bar (4/36).

[15] Shahih, HR Muslim (237)

[16] Shahih, HR Al Bukhori (161), Muslim (237), dll...

[17] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Wudhu.

[18] Syarh Fath Al Qadir (1/12), Al Mughni (1/87), Al Majmu' (1/380).

[19] Al Mabsuth (1/16), Bidayah Al Mujtahid (1/11), Al Majmu (1/389), Al Mughni (1/90).

[20] Membasuh anggota wudhu sebanyak 3 kali. Ada riwayat shahih dari Nabi saw bahawa beliau berwudhu sekali-sekali [Shahih, HR Al Bukhori (156)]. Dan kekadang beliau berwudhu dua kali-dua kali basuhan [Shahih, HR Al Bukhori (167)]. Dan tidak boleh melebihi 3 kali basuhan bagi anggota lain, manakala bagi kepala, tidak boleh melebihi 1 kali usapan. [saya-pen- akan jelaskan kemudian pada catatan kaki ke-22]

[21] Pendapat Imam Al Bukhori (kitab 4 bab 42), Ibnu Khuzaimah (kitab 1 bab 119-122).

[22] Nabi saw, bahawa beliau bersabda setelah selesai berwudhu, "Barangsiapa yang menambahkan dari yang demikian ini, sungguh ia telah berlaku buruk lagi zalim." Shahih, hadis ini juga diriwayatkan oleh An Nasai (1/88), Ibnu Majah (422), Ahmad (2/180).

[23] Fathul Baari Bisyrh Shahih Al Bukhori (Kitab 4/42/192), dan Syaikh Al Faqih juga menukil riwayat ini dalam kitab beliau.

[24] Berkaitan mengusap kepala terus sambung telinga. Sanad Hasan, yaitu HR Ad Daruqutni (1/98), Ibnu Abi Syaibah ((1/28) dan Hadis status Shahih berkaitan hal ini diriwayatkan oleh Abu Daud (133), At Tirmizi (36), An Nasai (1/74), Ibnu Majah (439), dll memiliki jalur shahih dari Ibnu Abbas. Asal Hadis dari Al Bukhori (157), dan sangat banyak hadis menjelaskan hal ini. Dan lihat juga HR Ibnu Khuzaimah (155), dan serupa dalam kitab Al Bukhori (wudhu) bab 38-39 no hadis 185-186.

[25] Sanadnya Shahih, HR Abdur Razaq (29), Al Baihaqi (1/65).

[26] Majmu Al Fatawa ((1/56), Zaad Al Ma'ad ((1/49), Silsilah Adh Dhoifah (69-74).

[27] Fathul Baari Ibnu Hajar (1/266), Al Mughni Ibnu Qudamah (1/120)

[28] Shahih, HR Al Bukhori (159), Muslim (226).

[29] Shahih, HR An Nasai (114), At Tirmizi (788), Abu Daud (142-144).

[30] Shahih, HR Muslim (234).

[31] Shahih, HR An Nasai (103), Muslim (244), Tirmizi (2), Ibnu Majah (283).

(I'TISHOM ALQURAN & ASSUNNAH) SIFAT TATACARA MANDI SUCI DARI HADAS BESAR.

DEFINISI

Definisi غسل (Mandi) secara bahasa adalah mengalirkan air kepada sesuatu. Dan secara istilah adalah mengalirkan air yang suci keseluruh tubuh dengan cara yang telah ditentukan.[1]

Allah swt berfirman, "Dan apabila kalian junub, maka bersucilah(mandilah)." (QS Al-Maidah : 6)

Dan Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kalian mendekati shalat sedangkan kalian dalam keadaan mabuk hingga kalian mengetahui apa-apa yang kalian katakan, dan dalam keadaan junub hingga kalian mandi kecuali orang-orang yang melewati masjid" (QS An-Nisa : 43)


SYARAT SAHNYA MANDI.[2]

Niat merupakan syarat sahnya mandi, kerana mandi merupakan ibadah yang tidak dikenal kecuali melalui syariat, maka niat menjadi syarat padanya.

Niat (ketika hendak mandi) adalah keinginan hati untuk melakukan mandi dalam rangka melaksanakan perintah Allah swt dan Rosul-Nya saw.

Rosulullah saw bersabda, "sesungguhnya perbuatan tergantung pada niat, dan setiap orang mendapatkan sesuai niatnya."[3]

Syaikh Al Islam berkata[4], "niat tempatnya didalam hati, bukan di lisan sesuai kesepakatan ulama pada seluruh macam-macam ibadah : bersuci, shalat, zakat, puasa, haji, memerdekakan budak, jihad, dan lain sebagainya.

Tidak disyariatkan untuk melafaz niat (dilisan-pen) dan tidak diulang-ulang, dan orang yang menyelisihinya harus diberi hukuman setelah diberi penjelasan mengenai larangan mengeraskan suara saat berniat, terlebih jika dia mengulang-ngulang. Orang yang mengeraskan niat berarti telah berlaku buruk, jika meyakini bahawa hal itu dari ajaran agama agar mengeraskan niat saat beribadah kepada Allah berarti dia telah melakukan bid'ah, kerana Nabi Saw dan para sahabat tidak pernah mengeraskan niat sama sekali, dan tidak pernah ada keterangan (hadis-pen) dari mereka. Seandainya hal ini disyariatkan, nescaya Allah akan menjelaskan hal ini melalui lisan (hadis-pen) Nabi-Nya, juga kita tidak perlu mengeraskan suara dalam niat kerana Allah Maha Mengetahui.[5]


RUKUN MANDI : Meratakan air keseluruh badan.

Hakikat mandi adalah : meratakan air keseluruh tubuh (badan-pen) dan meratakannya keseluruh sela-sela rambut dan kulit.[6]

Faedah :
Jumhur Ulama berpendapat bahawa menggosok (menggunakan tangan-pen) anggota tubuh ketika mandi hukumnya sunnah (istilah ilmu fiqih-pen) dan bukan wajib. Dan jika seseorng meratakan air keseluruh tubuhnya, maka dia telah melaksanakan sesuatu yang telah Allah wajibkan kepadanya (mandi junub-pen), demikian pula jika dia merendamkan tubuhnya kedalam air (laut, sungai, kolam-pen) dan air telah mengenai seluruh bahagian tubuh, (maka mandinya telah sah, yang tentunya disertai niat-pen).[7]

Syaikh Al Faqih Abu Malik berkata dalam kitab beliau : Apabila seseorng berdiri dibawah pancuran (shower) dan air mengenai seluruh tubuhnya, maka mandinya telah sah, yang tentunya disertai niat.[8]


SIFAT TATACARA MANDI SUCI DARI HADAS BESAR [9] : Berdasarkan Sunnah Rosulullah saw.

Disunnahkan kepada kita untuk memulai setiap sesuatu dengan Bismillah.

1- Memulai mencuci kedua tangan sebanyak tiga kali sebelum memasukkannya kedalam bejana atau ketika mulai mandi. [10]

2- Kemudian. Istinjak menggunakan tangan kiri, mencuci kemaluan dan kotoran yang ada disekitarnya.[11]

3- Kemudian. Mencuci tangan setelah mencuci kemaluan, dan membersihkannya dengan sabun, atau yang sejenisnya seperti debu atau tanah.[12]

4- Kemudian. Berwudhu secara sempurna seperti wudhu untuk shalat.[13] (untuk melihat tatacara wudhu yang shahih, sila klik disini)

• Memasukkan air kedalam mulut dan berkumur-kumur, memasukkan air kedalam hidung dan mengeluarkannya semula, membasuh wajah, janggut, hingga keakar (kulit kepala).
• Kedua tangan hingga siku dimulai dari sebelah kanan, kemudian sebelah kiri.
• Meratakan air kebahagian kepala, 1 kali sahaja.[14]
• Jika lantai kamar mandi kotor, maka mencuci kaki hendaklah dilakukan diakhir mandi (sebelum keluar kamar mandi), namun jika lantai kamar mandi itu bersih, maka mencuci kedua kaki dilakukan selepas berwudhu dan tidak dilakukan diakhir mandi.[15]

5- Kemudian. Meratakan air dibahagian kepala, dimulai dari sebelah kanan kemudian sebelah kiri. Kemudian keseluruhan kepala.[16] (kanan 1x, kiri 1x, dan keseluruhan 1x) Jumlah kesemuanya ialah 3 kali basuhan.[17]

6- Kemudian. Meratakan air keseluruh tubuh badan menggunakan tangan, setiap celahan badan, ketiak, pusat, dll(kecuali kemaluan, kerana sudah istinjak diawalnya-pen). Memulai basuhan dengan tubuh sebelah kanan 1x, kemudian sebelah kiri 1x. Boleh juga dilakukan berkali-kali, asalkan air merata diseluruh badan.[18]

7- Kemudian. Mencuci kaki (saya sudah terangkan pada poin ke-4 diatas. Lihat lah semula-pen)

Selesai.....

Catatan untuk wanita :

1• Sifat tatacara mandi junub diatas, sama hukumnya bagi wanita. Dan tambahan, ialah wanita tidak perlu menguraikan ikatan rambutnya ketika mandi junub, asalkan air sampai keakar rambut, kulit kepala. Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Ummu Salamh rah, dia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Rosulullah saw, "Wahai Rosulullah, aku adalah wanita yang selalu mengikat rambut, apakah ketika mandi junub aku harus melepaskannya?" Beliau (Rosulullah saw) menjawab,
"Tidak, cukup bagimu untuk membasuh kepalamu tiga kali basuhan, kemudian kamu meratakan air keseluruh tubuh mu, dengan demikian kamu telah suci."[19]

2• Mandi suci (hadas besar) dari haid dan nifas, sama seperti sifat tatacara mandi junub. Namun, ada satu sahaja (-pen) yang berbeza. Iaitu apabila mandi suci dari haid dan nifas, wanita diwajibkan untuk mengurai rambut ketika mandi. Demikian pendapat rojih(kuat) dari Imam Ahmad, Al Hasan, Thawus, Ibnul Qayyim, dan pendapat yang dipilih oleh Syaikh Al Faqih Abu Malik dalam kitab beliau.[20] Saya (-pen) cenderung dengan pendapat tersebut.


TIDAK ADA KEHARUSAN BERWUDHU SELEPAS MANDI SUCI DARI HADAS BESAR.[21]

Diriwayatkan dari Aisyah, "Rosulullah saw tidak berwudhu setelah mandi junub."[22]

Dan dalam riwayat lain dijelaskan, "Beliau(Nabi saw) mandi (junub-pen), kemudian melaksanakan shalat dua rakaat, dan aku (Aisyah) tidak melihatnya berwudhu setelah mandi." [23]

Semoga bermanfaat. Semoga Allah menambahkan ilmu pemahaman kepada kita dalam beragama. Aamiin.

Pen : Malik Asy-Syarqowi.
_________
Rujukan :

[1] Kasyaf Al Qana (1/158).

[2] Shahih Fiqih Sunnah, kitab Ghusl.

[3] Shahih, HR Al Bukhori (1) dan Muslim (1907).

[4] Majmu Ar Rasail Al Kubro (1/243).

[5] Zad Al Maad (1/196), Ighasah Al Lahafan (1/134), Bada'i Al Fawaid (3/186), Al Furu (1/111), Syarh Al Mumti
(1/159).

[6] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Ghusl.

[7] Al Muhalla (2/30), Al Istidzkar (3/63), Al Mughni (1/290), Bidayah Al Mujtahid (1/55), As Sail Al Jarar (1/113).

[8] Shahih Fiqh Sunnah, Kitab Ghusl.

[9] Ibid, Kitab Ghusl.

[10] Berdasarkan dalil Shahih, HR Al Bukhori (248,266) Muslim (316,317).

[11] Berdasarkan dalil Shahih, HR Al Bukhori (154,266), Muslim (267,317).

[12] Shahih, HR Muslim (317), Syarh Shahih Muslim oleh An Nawawi (3/231).

[13] Berdasarkan dalil Shahih, HR Al Bukhori (248,266) Muslim (316,317).

[14] Membasuh kepala ketika berwudhu bukan dilakukan 3 kali basuhan(seperti pendapat Imam Syafie Rh). Yang benar ialah dilakukan hanya satu kali basuhan sahaja. Inilah pendapat Mazhab Abu Hanifah, Malik dan Ahmad pada pendapat yang shahih. Inilah cara yang sebenarnya. Kitab Fathul Baari Ibnu Hjar (1/298), Al Mabsuth (1/5) Hasyiah Ad Dasuqi (1/98), Al Mughni (1/127), Al Umm Imam Syafie (1/26). Hukum Makhruh melebihi satu kali basuhan kepala.

[15] Hal ini berdasarkan kesimpulan dari pendapat Imam Malik dan Ulama lain yang didasari hadis-hadis shahih seperti diatas. Dan pendapat ini juga dipilih oleh Syaikh Al Faqih Abu Malik dalam kitab beliau, dan saya (-pen) bersetuju tanpa menolak hadis-hadis shahih dan pendapat para ulama.

[16] Berdasarkan dalil Shahih, HR Al Bukhori (258,277), Muslim (318).

[17] Lihat hadis-hadis diatas yang saya sudah berikan nombor rujukannya.

[18] Lihat hadis-hadis diatas yang saya sudah berikan nombor rujukannya. Dan tambahan no rujukan dari dalil Shahih HR Al Bukhori (168), Muslim (268) yaitu berkaitan Nabi Saw memulai dari sebelah kanan. Dan lihat juga kitab Fathul Baari Ibnu Hajar (1/439) berkaitan batasan wajib 1 kali meratakan air keseluruh badan, dan boleh di lakukan berkali-kali asalkan air rata.

[19] Shahih, HR Muslim (330), Abu Daud (251), An Nasai (1/131), At Tirmizi (105), Ibnu Majah (603).

[20] At Tahzib As Sunan (1/233), Aun Al Ma'bud, Shahih Fiqh Sunnah kitab Ghusl, Al Mugni (1/227), Al Muhalla (2/38), Nail Al Authar (1/311).

[21] Ibid, Shahih Fiqh Sunnah oleh Syaikh Al Faqih Abu Malik.

[22] Shahih lighoirih, HR At Tirmizi (107), An Nasai (1/137), Ibnu Majah (579).

[23] Shahih lighoirih, HR Abu Daud (250), Ahmad (6/119).

Jumaat, 27 Mei 2016

ISU PERFUM WANGIAN BER-ALKOHOL


Soalan :
Nak tanya. adakah batal air smbhyng kalau pakai deoderon, atau perfum wangian yang mengandungi alkohol? Halal atau haram?

Jawapan : Jika alkohol tersebut wujud atau diambil dari prosesan arak/khamar, maka, hukumnya haram. Jika wujud atau di ambil dari arah lain, maka hukum asalnya ialah halal selagi tidak memudaratkan diri. Ketahuilah, arak dan alkohol ianya ada perbezaan.


KEMUSYKILAN YANG SERING TERJADI

Kebanyak orang menganggap Alkohol ialah arak, dan arak ialah alkohol. Sehingga mereka keliru sangat jauh.

Ketahuilah, sesungguhnya Alkohol tidak mengandungi Arak, namun Arak lah yang mengandungi Alkohol.

Hukum asal arak(khamar) ialah HARAM dan tidak akan berubah menjadi hukum halal. Manakala hukum asal Alkohol ialah HALALdan akan berubah menjadi HARAM kerana memudaratkan diri.

Arak dan Alkohol ianya ada perbezaan. Ingat..!!!


ARAK/KHAMAR

Sumber yang diproses dan diperam untuk dijadikan minuman atau makanan yang memabukkan :

Buah anggur, kurma, madu, terigu, kelapa, beras yang diperam/proses sekian lama untuk menjadikan minuman, ganja, narkoba, syabu, dll memabukkan. Semua itu dihukumi sebagai Khamar

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, Bahawasannya Nabi saw bersabda "setiap yang memabukkan adalah khamar, dan setiap yang memabukkan adalah haram"
[Shahih, HR Muslim(2003), At-Tirmizi(1861), Nasai(5582), Abu Daud(3679), Ibnu Majah(3390)]

Arak disebut sebagai Khamar, bentuk jamak dari "Al khamar" adalah "Khumur", dan ia merupakan kata "muannats" meskipun terkadang disebut "mudzakkar", akan tetapi penyebutannya sebagai muannats lebih banyak dan lebih biasa.

Membuat arak/khamar, menjual, beli, minum, ubatan, wangian dari Arak/Khamar hukumnya haram berdasarkan Alquran, Assunnah, dan Ijma seluruh Ulama Kaum Muslimin

[Dalam bab ini, Lihat Kitab Mukhtashar Ash-Shahih, Tahzib Al Asma Wa Al Lughat, AlQurtubi, Fathul Baari Ibnu Hajar, Nail Al Authar, Al Hudud Wa At Ta'zirat, Ad-Dasuqi, Al Mughni Al Muhtaj, Al Inshaf, Al Majmu dll..]

Dalam hal ini lah(arak/khamar) adanya Alkohol(secara sengaja mahupun tidak sengaja).


ALKOHOL

Dalam Ilmu kimia, alkohol (atau alkanol ) adalah istilah yang umum untuk senyawa organik apa pun yang memiliki gugus hidroksil ( -OH ) yang terikat pada atom karbon , yang ia sendiri terikat pada atom hidrogen dan/atau atom karbon lain.

Demikian dibawah ini ialah Group-group Alkohol
Rumus kimia dan Nama IUPAC :

*Alkohol monohidrat
CH3 OH Metanol
C 2H 5OH Etanol
C 3H 7OH Isopropil alkohol
C 5H11 OH Pentanol
C 16H 33OH 1-Heksadekanol

*Alkohol polihidrat
C 2H4 (OH) 2 1,2-etadienol
C 3H5 (OH) 3 1,2,3-propatrienol
C 4H6 (OH) 4 1,2,3,4-butatetraenol
C 5H7 (OH) 5 1,2,3,4,5-pentapentanol
C 6H8 (OH) 6 1,2,3,4,5,6-heksaheksanol
C 7H9 (OH) 7 1,2,3,4,5,6,7-heptaheptanol

*Alkohol alifatik tidak tersaturasi
C 3H 5OH Prop-2-ene-1-ol
C 10H 17OH 3,7-Dimethylocta-2,6-dien-1-ol
C 3H 3OH Prop-2-in-1-ol

*Alkohol alisiklik
C 6H6 (OH) 6 Cyclohexane-1,2,3,4,5,6-geksol
C 10H 19OH 2 - (2-propyl)-5-methyl-cyclohexane-1-ol

Catatan :
Etanol Alkohol (lihat smula rumusan diatas) lah yang ada dalam deoderen, perfum wangian, minuman memabukkan, dll....
untuk mengenali Etanol Alkohol klik disini.

Kesimpulan :

Soalan : adakah Batal air smbhyng kalau pakai deoderon, atau perfum wangian yang mengandungi alkohol? Halal atau haram?

Jawapan : jika alkohol tersebut wujud atau diambil dari prosesan arak/khamar, maka, hukumnya haram. Jika wujud atau di ambil dari arah lain, maka hukum asalnya ialah halal selagi tidak memudaratkan diri. Tambahan lagi, kita sebagai pengguna, harus mengetahui sumber campuran bahan² yang diguna dalam botol deoderen, perfum, alat kosmetik solek, dll...jangan lah main bantai sahaja tanpa mengetahui halal haram. Kita juga yang akan rugi dan menyesal akhirnya kerana ibadah tidak diterima.

Perkara yang halal, kejujuran, dan kebenaran adalah
ketentraman dan ketenangan.

Perkara yang haram, berdusta, dan kebatilan adalah
keragu-raguan dan kebimbangan

Apabila timbul keragu-raguan sumber kandungan halal haram berkaitan deoderen, perfum, mahupun alat kosmetik solek, maka tinggalkan jenama itu,dan ganti dengan jenama lain yang lebih selamat dan yang sudah dipastikan halalnya.

Agama Islam tidak menginginkan ummatnya berada
dalam keraguan dan kebimbangan, berdasarkan sabda
Nabi saw :

Dari Abu Al Haura As Sa'di, ia berkata, "aku(Abu Al Haura) berkata kepada Hasan bin Ali, "apa yang kamu(Hasan) hafal dari ucapan Rosulullah saw?" Ia (Hasan) menjawab,  “aku telah hafal hadis dari Rosulullah saw :

"Tinggalkan apa yang meragukanmu (dan gantilah) kepada apa yang tidak meragukanmu."

Abu Isa(Imam Tirmizi) berkata,"hadis ini adalah hasan shahih."
[Shahih, HR At-Tirmizi(2518), ‘Abdur-Razaq dalam al-Mushannaf (4984), Ahmad (I/200), An-Nasâ`i(8/327-328), Ath-Thayalisi (1274), Ad-Darimi (2/245), Ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabîr (2708,2711), Abu Nu’aim dalam Hilyatul-Auliyâ` (8/290, no.12236), Al-Baghawi dalam Syarhus-Sunnah (no. 2032), Ibnu Hibban (no. 720 -at-Ta’lîqâtul-Hisân), Al-Hakim (II/13, IV/99), Al Irwa(12,2074), Az-Zilal(179), Ar-Raudh An-Nadhir(152)]
ajah(3390)]

Wallahu A'lam. Semoga Allah menambahkan ilmu pemahaman kepada kita dalam beragama. Aamiin.

ADAKAH ANAK RAMBUT DEPAN YANG HALUS JUGA DIANGGAP AURAT BAGI WANITA?


Soalan :
Assalamualaikum ~ mahu tanya. Adakah anak rambut depan yg halus juga dianngap aurat? Bg muslimah

Jawapan : Waalaikumussalam

Seluruh tubuh wanita ialah aurat, termasuk anak rambut itu, berdasarkan hadis umum :

Dari Abdullah, dari Rasulullah saw yang telah bersabda : "Sesungguhnya wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumah, maka setan pasti akan menyertainya(membuatnya indah dalam pandangan lelaki). Sedangkan tempat yang terdekat bagi wanita dengan Tuhannya adalah didalam rumah"
[ Shahih. Al-Irwa (273), hadis serupa dalam HR Ibnu Khuzaimah (1685-1687), At-Tirmizi (3/476), Majma'uz Zawaaid (2/35) ]

Semua Ulama sepakat( Ijma' ) bahawa seluruh tubuh wanita ialah aurat yang wajib ditutup, kecuali muka dan telapak tangan-mustahab-

Pembahasan ini saya sudah jelaskan pada artikal saya lalu yang berjudul WANITA BERNIQAB & MENUTUP DUA TELAPAK TANGAN.

WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN


Soalan : Assalamualaikum. Apakah hukum wanita berniqab dan menutup kedua telapak tangan?

Jawapan : Waalaikumussalam. Bismillah.


WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN

Setiap sesuatu perkara kena didasari dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Kemudian Para Ulama yang adil memandang dalil secara keseluruhan dan memberi susunan hukum untuk memahamkan kepada orang awam berkaitan HUKUM. Sama ada hukum wajib, sunnah, dll...

Maka, dari sini akan diketahui pula adanya IJMA' ULAMA dalam penetapan hukum yang didasari Al-Quran dan As-Sunnah. sesiapa sahaja (bagi yang mampu) kenalah mengambil tahu 3 perkara ini :

• Al Quran
• As Sunnah(hadis)
• Ijma (kesepakatan) Ulama dari seluruh mazhab.

Sekiranya suatu hukum sudah didasari dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah, ditambah lagi dengan IJMA' para ulama yang adil dari seluruh mazhab. Maka dalam hal ini,  orang awam TIDAK DIBENARKAN untuk beramal dengan  sebarang jawapan lain yang bertentangan dengan 3 rujukan diatas walaupun jawapan bertentangan itu datang dari mulut ustaz-ustazah, kiyai, tok guru dll....

Ada baiknya jika para pembaca memahami dahulu tulisan ringkas diatas. Kemudian, memahami tulisan dibawah :


WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN

Syaikh  Al Faqih Abu Malik menukilkan dalam kitab Fiqh beliau bahawa "semua ulama IJMA mengatakan wanita WAJIB berhijab seluruh badan, namun para ulama (khilaf) berbeza pendapat berkaitan wajah dan dua telapak tangan wanita.

Pembahasan ini sangat panjang, dan saya tidak masukkan dalam artical ini. Pembaca boleh lihat pembahasan ini dalam kitab :

• Al Hijab Adillah Al Mujibin Wa Shibh Al Mukhallifin
• Audah Al Hijab
• Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah
• An Niqab
• Syarh Hadis
• Al Majmu' An Nawawi
• dll...

Dalam khilaf ini. Sekiranya benar Ijtihad ulama maka akan mendapat 2 pahala. Sekiranya salah Ijtihad ulama maka akan mendapat 1 pahala(shahih Al Bukhori 7352). Hal ini hanya berlaku bagi para ulama yang berijtihad sahaja. Ketahuilah bahawa ada 3 pendapat yang terbahagi dikalangan Ulama.  :


Pendapat pertama. WANITA DIHARAMKAN BERNIQAB KERANA MERUPAKAN BID'AH YANG BURUK

▪ Komentar saya :

- WAJIB  terikat dengan dalil
- SUNNAH terikat dengan dalil
- MUBAH(boleh) tidak terikat dengan dalil
- MAKHRUH terikat dengan dalil
- HARAM terikat dengan dalil

Pendapat ini sangat terburu-buru meletakan hukum HARAM tanpa diikat dengan dalil Al-Quran, As-Sunnah yang sejelas jelasnya. Sesungguhnya. Jika ada dalil sejelas jelasnya mengenai HARAMnya wanita berniqab, maka selesailah khilaf  seluruh ulama ini. Bagi saya. Pendapat ini sangatlah lemah kerana tidak melihat dalil secara keseluruhan. Semoga Allah merahmati beliau(penulis buku yang saya tidak sebut namanya). Sungguh, Menurut hemat saya berdasarkan dalil shohih, ada sebahagian wanita dizaman Nabi menggunakan niqab, dan terkadang diantara mereka membuka niqab. Wallahu A'lam.


Pendapat kedua. MUKA & KEDUA TELAPAK TANGAN TERMASUK KATEGORI AURAT. WANITA DIWAJIBKAN UNTUK BERNIQAB & MENUTUP KEDUA TELAPAK TANGAN

▪ Perhatikan baik-baik ada 2 Komentar saya disini :

1- Mereka mengatakan wajah dan telapak tangan wanita ialah AURAT, maka saya BERSETUJU dengan mereka. Kerana hadis umum Dari Abdullah, dari Rasulullah saw yang telah bersabda : "Sesungguhnya wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumah, maka setan pasti akan menyertainya(membuatnya indah dalam pandangan lelaki). Sedangkan tempat yang terdekat bagi wanita dengan Tuhannya adalah didalam rumah"
[Shahih. Al-Irwa (273), hadis serupa dalam HR Ibnu Khuzaimah (1685-1687), At-Tirmizi (3/476), Majma'uz Zawaaid (2/35)]

Yang pasti bahawa seluruh tubuh wanita termasuk muka dan telapak tangan ialah aurat, namun, adakah muka dan telapak tangan wajib ditutup seperti anggota tubuh lain?? Hal ini masih menjadi perbincangan.

2- Mereka mengatakan "wanita wajib berniqab dan menutup telapak tangan", maka disini saya TIDAK BERSETUJU dengan mereka. Sungguh. Saya katakan : Tidak mungkin sesuatu yang WAJIB ditutup namun dibuka pula ketika ihram. Berdasarkan hadis dari Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu, Nabi saw memerintahkan pakaian wanita ketika ihram
"...... Dan wanita yang sedang ihram tidak boleh memakai niqab  (penutup wajah) dan sarung (telapak) tangan......"
[HR Al Bukhori 1838]

Tidak ada dalil Al-Quran dan As-Sunnah yang mewajibkan wanita berniqab dan menutup kedua telapak tangan dengan keterangan yang jelas sejelasnya. Wallahu A'lam.


Pendapat ketiga. WANITA DIBOLEHKAN MEMBUKA WAJAH & KEDUA TELAPAK TANGAN KERANA TIDAK TERMASUK TEMPAT AURAT YANG WAJIB DITUTUP, NAMUN TERMASUK DALAM HAL MUSTAHAB (baik/dianjurkan/disukai) BERNIQAB & MENUTUP DUA TELAPAK TANGAN

▪ Komentar saya :

Dalil terkuat mereka(ulama pendapat ketiga) ialah hadis dari 'Aisyah radliallahu 'anha, bahwa Asma binti Abu Bakr masuk menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan mengenakan kain yang tipis, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun berpaling darinya. Beliau bersabda: "Wahai Asma`, sesungguhnya seorang wanita jika telah baligh tidak boleh terlihat darinya kecuali ini dan ini -beliau menunjuk wajah dan kedua telapak tangannya-." Abu Dawud berkata, "Ini hadits mursal. Khalid bin Duraik belum pernah bertemu dengan 'Aisyah radliallahu 'anha."
[HR Abu Daud 4104]

Ketahuilah bahawa JIKA hadis diatas ini disepakati keshahihannya. Maka selesailah khilaf ulama berkaitan hukum berniqab bagi wanita dan menutup kedua telapak tangan. Namun hadis diatas ini diperselisihi KESHAHIHANNYA oleh ahli hadis. Sebahagian ahli hadis menilainya SHAHIH. Manakala  sebahagian Ahli Hadis menilai DHOIF .

Kebiasaannya saya akan mencuba untuk cari jalan keluar dari perselisihan mereka(ulama) sehingga saya mentakhrij hadis tersebut semampu saya. Pembahasan ilmu Dirayah ini tidak mungkin saya muatkan dalam artical ini. Memilik 4 kecacatan dalam sanad. yang tidak terlepas dari 4 kecacatan sekaligus. Saya bersetuju terhadap ulama hadis yang mengatakan hadis ini DHOIF. Saya belum memahami mengapa hadis ini menjadi shahih sebagaimana Syaikh tercinta saya(Imam Albani) menshahihkan nya. Semoga Allah menambahkan pemahaman saya.


WANITA BERNIQAB & MENUTUPI DUA TELAPAK TANGAN

Ketahuilah hal ini ialah khilaf, dan disarankan orang awam untuk berlapang dada. Dalam khilaf pasti ada antara satu yang mendekati kebenaran. Maka, selepas saya meneliti pendapat-pendapat diatas, saya menganggap pendapat yang lebih mendekati kebenaran ialah pendapat yang ke-3 :

WANITA DIBOLEHKAN MEMBUKA WAJAH & KEDUA TELAPAK TANGAN KERANA TIDAK TERMASUK TEMPAT AURAT YANG WAJIB DITUTUP, NAMUN TERMASUK DALAM HAL MUSTAHAB (baik/dianjurkan/disukai) BERNIQAB & MENUTUP DUA TELAPAK TANGAN

Disini saya ingin menguatkan pendapat ini tanpa menggunakan dalil utama mereka [HR Abu Daud 4104 , lihat semula komentar saya diatas]

▪ Jika ada yang berkata :
"Hukum MUSTAHAB wanita berniqab, sekiranya seorang wanita itu terlalu cantik dan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka WAJIB lah ia berniqab "

Maka saya katakan : perkataan diatas perlu dipertimbangkan semula.

Perintah kepada lelaki menundukkan pandangan
dalam Surah an-Nur, ayat 30 .

Perintah kepada lelaki menjaga mata berdasarkan hadis
Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata "aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang memandang wanita secara spontan. Beliau(Rasulullah saw) lalu memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku"
[Shahih. HR Muslim, Tirmizi (2776), Abu Daud (1864)]

Rasulullah saw bersabda, "wahai Ali, janganlah kamu lanjutkan pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya pandangan pertama (spontan) bagimu, sedangkan pandangan kedua tidak diperbolehkan untuk mu."[Hasan. HR Tirmizi (2777), Abu Daud (1865)]

Berdasarkan dalil diatas. Lelaki juga diwajibkan menunduk dan menahan pandangan. Oleh itu, tidaklah menjadi masalah jika wanita membuka wajah (tidak berniqab) asal kan wanita keluar rumah tidak tabarruj, lipstik, solekan, berdandan.

▪ Jika ada yang bertanya :
"Mengapa dinegara Arab-Arab, mejoriti muslimat berniqab? Adakah mereka diWAJIBkan berniqab?"

Maka saya katakan :
"Hal itu mustahab (baik/dianjurkan) bagi masyarakat arab untuk berpakaian seperti itu, jika ada yang mengatakan hukum WAJIB atau SUNNAH, maka mintalah keterangan dalil Al-Quran dan Hadis shahih yang jelas sejelasnya mewajibkan hal ini."

▪ Jika ada yang bertanya :
"Apakah hukum berniqab dan menutup kedua telapak tangan dalam masyarakat malaysia?"

Jawapan :
Wanita dibolehkan membuka wajah & kedua telapak tangan kerana tidak termasuk tempat aurat yang wajib ditutup, namun termasuk dalam hal mustahab (baik/dianjurkan/disukai) berniqab & menutup kedua telapak tangan.


Kesimpulan saya (-pen) :

1- Berdosa apabila meninggalkan suatu perkara wajib, namun wajah dan dua telapak tangan TIDAK termasuk tempat yang WAJIB ditutup. Oleh itu, janganlah merasa diri berdosa jika tidak berniqab. Ianya tidak berdosa selagi tidak tabarruj (lipstick, cellak mata, make up) sehingga menarik perhatian ajnabi.

2- Apabila mak-ayah atau suami menganjurkan isteri atau anak wanita untuk berniqab, maka turutilah mak ayah & suami. Kerana hal itu Mustahab disukai dan tidak lah melanggar syariat. Ikutilah.

3- Wanita diHARAMkan (berdasarkan dalil Alquran, Assunnah dan Ijma) untuk bersifat tabarruj, berdandan, lipstik, solekan ketika keluar rumah. Larangan tabarruj ditempat awam mahupun dilaman internet sosial zaman ini. Kasihanilah para lelaki yang sedang berusaha mengelak fitnah. Dan kasihani lah diri kalian(wanita) kerana semakin banyak menanggung dosa kalian kerana menfitnah(tabarruj). Nabi saw bersabda :"Aku tidak meninggalkan fitnah kepada manusia sesudahku yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain kaum wanita"
[Shahih, HR At-Tirmizi (2780) Muttafaq-alaih (Bukhori-Muslim), Ash-shahihah (2701)]

4- Tidak dibenarkan seseorang (non family) awam (bukan ulama) memaksa seseorng wanita untuk menutupi muka dan kedua telapak tangan.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:“Sesungguhnya agama ini adalah mudah, dan tiada seorang pun yang cuba menyusah-nyusahkan diri di dalam perkara agama ini melainkan dia pasti akan gagal”
[Shahih Al-Bukhari, no. 39]

Wallahu A'lam. Segala puji bagi Allah, semoga Allah mengampuni kesalahan saya. Yang baik benar dari Allah, dan yang salah dari diri saya atau dari syaitan.